Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PM Datang Bersama Isteri, Tersenyum Lihat Konsert A.R. Rahman Dihadiri Pelbagai Kaum

Konsert lagenda India A.R. Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari semalam iaitu 28 Januari 2023 sememangnya menjadi perbualan ramai.

60,000 penonton hadir

Mana tidaknya, kehadiran 60,000 penonton yang mahu menyaksikan persembahan hebat dari penyanyi dan komposer terkenal itu sememangnya membuatkan stadium bertukar seperti lautan manusia.

View this post on Instagram

A post shared by ARR (@arrahman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

PM datang dengan isteri

Tak hanya itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat hadir bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah yang menjadi tetamu VVIP dalam konsert hebat tersebut.

Menerusi perkongsian beliau di media sosial, Anwar menyifatkan konsert tersebut begitu meriah ditambah dengan persembahan dari penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi oleh peminatnya.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Hebat TokTi!

Ternyata, kehebatan TokTi yang menyampaikan lagu ‘Munve Baa’ telah mendapat sorakan dan standing ovation daripada penonton yang menghadiri konsert berkenaan.

Nama beliau juga masih trending di setiap carian di media sosial kerana bangga apabila nama penyanyi itu dikenali setiap lapis masyarakat di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terima kasih PM datang sokong

TokTi juga mengambil kesempatan meninggalkan komen di ruangan Instagram PM dengan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke konsert mega lagenda India itu dimana beliau turut berpeluang berkongsi pentas bagi membuka tirai konsert A.R. Rahman.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Konsert  mega penyanyi dan komposer legenda India A.R. Rahman di Stadium Nasional Bukit Jalil telah berlangsung selama 3 jam. Kehadiran 60,000 penonton malam tadi sememangnya berpuas hati kerana dihidangkan persembaham memukau termasuklah ketika biduanita negara tampil bersama okestra menyanyikan lagu klasik bersama Ar Rahman di atas pentas.

Sumber: Instagram Anwar Ibrahim, arrahman, Twitter Harith Iskander

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Tiga penjenayah warga Malaysia yang diklasifikasikan sebagai antara paling dikehendaki polis, ditahan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) selepas mencetuskan kekecohan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd