Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Pemerdagangan Manusia: Mashitah Fail Saman, Tuntut MHO Buat Permohonan Maaf

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim fail saman terhadap Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan dua jawatankuasanya.

Memetik laporan Sinar Harian, Mashitah mengambil tindakan tersebut susulan kenyataan fitnah yang mengaitkan dirinya dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Selaku plaintif, Mashitah membuat tuntutan itu menerusi Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin lalu dengan menamakan MHO, Setiausaha Agunya, Datuk Hishamuddin Hashim dan jawatankuasanya, Azirul Shafiq masing-masing sebagai defenden pertama hingga ketiga.

Mashitah fail saman terhadap MHO dan dua jawatankuasanya

Mashitah Fail Saman

Foto: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi dokumen tuntutan tersebut, Mashitah mendesak ketiga-tiga defenden untuk membuat permohonan maaf, menuntut ganti rugi dan injuksi mandatori supaya memadam kenyataan dan klip video di Facebook dalam masa tujuh hari.

Pada masa yang sama, plaintif juga memohon injuksi untuk menghalang semua defenden atau wakil daripada menerbitkan, menyiarkan dan berkongsi kenyataan fitnah terbabit.

Sementara itu, PDRM mengesan beberapa penulis artikel dari Indonesia untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa membabitkan Mashitah dan suami.

Artikel lain: Teresa Kok Jumpa JAKIM & Agensi Industri Halal – “Nampaknya Kontroversi Ini Berlaku Atas Salah Faham”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 3 September lalu, polis telah mengambil keterangan dari seorang individu bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik di negara ini yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, lima individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk seorang penulis blog.

Mashitah Fail Saman

Foto: Malaysia Gazette

Terdahulu MHO menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya membabitkan satu kumpulan sindiket berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Hishamuddin berkata, baru-baru ini tular satu video di media sosial pembongkaran sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar bertajuk ‘Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia’ yang diterbitkan di Indonesia.

Sementara itu, dalam kenyataan di Facebook, Mashitah menafikan beliau terbabit dalam kegiatan terbabit.

Berikutan itu, Mashitah juga dilaporkan sudah membuat laporan berkaitan tuduhan berkenaan selain telah memberi keterangan di Bukit Aman.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd