Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Buang Kampit Beras, Bekas MP Mengaku Bertanggungjawab

Bekas Ahli Parlimen (MP) Kuala Krau mengaku bertanggungjawab atas isu puluhan kampit beras dan barangan makanan asasi yang dijumpai di tapak perlupusan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur – Gunung Senyum, Temerloh Pahang.

Menurut satu kenyataan, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu pembuangan barangan bahan makanan itu.

Foto: dagang.news

“Saya mengambil maklum dan berterima kash atas keprihatinan serta sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur – Gunung Senyum, Temerloh Pahang,” katanya.

Beliau berkata, beras dan barangan dapur tersebut adalah stok simpanannya yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika sewaktu menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau dahulu, ia juga tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan atau peruntukan Kerajaan Negeri Pahang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Barangan dapur ini disediakan menggunakan peruntukan peribadi, sebelum tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 pada tahun 2022 dan umum mengetahui bahawa dalam tempoh berkempen, tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan.

Foto: Media sosial

“la juga tidak melibatkan peruntukan barangan dalam tempoh COVID 19 atau persiapan pangkalan hadapan menghadapi banjir,” ujar beliau.

Ismail turut berkata, beras serta barangan dapur yang disimpan di dalam stor miliknya telah dicemari bubuk dan kutu beras, serta terdapat beberapa bangkai tikus ditemui dalam stor berkenaan.

Malah, sebahagian daripada beras itu diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar, manakala sebahagian lagi telah dilupuskan kerana tidak sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai akibat sudah tercemar.

Foto: Media sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya mengambil tanggungjawab dan sangat menyesali perkara ini, dan memohon maaf kepada sema pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur berkenaan,” tambahnya.

Terdahulu, tular gambar puluhan kampit beras dan makanan asasi yang lain dijumpai telah dibuang dan dibakar di tapak pembuangan sampah sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Dunia

Rakyat Malaysia yang merancang bercuti ke selatan Thailand sempena cuti panjang Aidilfitri hujung minggu ini dinasihatkan menangguhkan perjalanan susulan isu kekurangan bekalan petrol dan...

Lokal

“Kenapa tangan ringan nak pukul anak orang? Umur muda dan tenaga banyak, patut guna untuk tanggung keluarga,” itu nasihat Majistret Rais Imran Hamid kepada...

Lokal

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas diserang buaya ketika menjala udang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd