Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Isu Ashabul Kahfi: Pandangan Perdana Menteri Disalah Tafsir

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memuat naik video memberi penjelasan berkenaan isu Ashabul Kahfi yang menjadi polemik sejak beberapa minggu ini.

Ucapan buat penjawat awam

Susulan daripada itu, beliau menerusi video yang dikongsi di media sosial rasmi menjelaskan ucapan yang dimaksudkan dalam satu majlis melibatkan penjawat awam adalah berkenaan nilai dan akhlak dalam menjalankan tugas.

“Sebelum ini dalam satu majlis, saya pernah beritahu penjawat awam, baik yang di atas mahu pun di bawah kepentingan nilai dan akhlak dalam menjalankan tugas, amanah serta tanggungjawab yang diamanahkah.
“Sejauh mana kesibukan kita, kepesatan pembangunan sementalahan teknologi dunia berputar, iman kita harus diangkat selain dijaga nilai mahu pun akhlak.”

Isu Ashabul Kahfi, perdana menteri kaitkan kisah sebagai iktibar

Beliau telah mengaitkan kisah Ashabul Kahfi yang dinyatakan di dalam al-Quran bagi menyampaikan mesej buat para penjawat awam mengambil iktibar daripada hal tersebut.

“Saya kaitkan kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi seperti dalam ayat al-Quran surah Al Kahfi di mana pada masa itu sistem dan kerajaan serta raja yang zalim itu menyembah berhala, ditolak orang beriman termasuk tujuh pemuda ini yang kemudian berlindung di sebuah gua.
“Mesejnya adalah keteguhan dan kekentalan iman pemuda itu yang membentengi kepada amalan syirik dan kebejatan, justeru adalah wajar agar penjawat awam mengambil iktibar daripada kisah tersebut.”
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Isu Ashabul Kahfi disalahtafsir

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, padangan Anwar seakan disalahtafsir sehingga pelbagai cacian dan cemuhan telah dilemparkan kepada para pendakwah dan ulama sehingga terdengar begitu keterlaluan.

Susulan daripada itu, beliau berharap keseluruhan kenyataan harus dijulang dan bukannya dikritik dengan begitu melampau terutamanya berkenaan konteks ayat di dalam al-Quran.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Namun pandangan saya disalahtafsir hingga ada yang dikupas melibatkan cacian dan cemuhan pada sesetengah pihak termasuk pendakwah mahupun ulama, dan bagi saya ini keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
“Sayugia, budaya wacana yang baik harus dijulang, bukannya diangkat cerca kritikan melampau, khasnya melibatkan konteks ayat Al-Quran yang kini semakin meluas dibahas di media sosial.
“Moga mutu kefahaman tentang Islam terus dipertingkat, Insya-Allah.”

Dalam rakaman video terbabit Perdana Menteri ke-10 itu berpesan supaya berhenti mengutuk sesiapa walaupun semua bebas untuk mengulas sama ada bersetuju ataupun tidak, tetapi jagan sampai menuduh yang keterlaluan.

“Jangan kutuk sesiapa. Ulas dengan baik dan berhak tidak bersetuju tetapi tidak boleh mengatakan ini menyesatkan,” jelasnya.

Anwar juga menyifatkan perbahasan mengenai ayat al-Quran yang tercetus susulan isu tersebut dalam media sosial sebagai sesuatu yang positif.

“Jarang sekali ayat-ayat al-Quran dibahas begitu meluas dalam media sosial. Ini perkembangan yang baik asalkan kita jaga adab,” katanya.

Sumber: Instagram Anwar Ibrahim

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Anas Zul Amirul Sidi, terus menjadi perhatian apabila kisah rumah tangganya bersama bekas isteri, Suffi Sofea, terbongkar penuh...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Sosial

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai penampilan lelaki yang berpakaian seperti perempuan lengkap bertudung sehingga mencetuskan perhatian ramai. Fenomena ini tercetus...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggunakan pendekatan konsep Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) bagi meningkatkan kerjasama antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat dalam usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd