Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tembok pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan, mengakibatkan seorang wanita maut dalam kejadian di Kilometer 96 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat Tanjung Malim, pada Isnin.
Isteri maut, suami cedera kereta terbabas

Foto: Media sosial
Menurut laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, DSP Suhaimi Muhamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang.

Foto: FB Jabatanarah Rekod Dan Pencen – BPA-JRP
Suhaimi berkata, mangsa Nur Syuhada Mohd Yusoff, 32, yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya Muhammad Aiman Shah Asba, 34, hanya mengalami kecederaan ringan.
Artikel lain: Mahu Ambil Ubat Di Hospital, Suami Isteri Maut Motosikal Dirempuh Lori

Foto: Sinar Harian
“Siasatan awal mendapati kereta jenis Toyota Vios dipandu suami mangsa dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan, terbabas dan merempuh tembok pembahagi jalan hingga masuk ke laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Suhaimi berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat, manakala suaminya yang juga seorang anggota tentera turut menerima rawatan lanjut di hospital sama.
Sumber: Bernama
