Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ismail Sabri Adalah Suspek, Bukan Lagi Saksi – Azam Baki

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dianggap suspek, bukan lagi saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ismail Sabri adalah suspek

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata ia susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah ‘safehouse’ selepas pihaknya melakukan serbuan di tiga premis.

Ismail Sabri adalah suspek

“Penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam ‘safehouse’ berkenaan mengesahkan Ahli Parlimen Bera sebagai seorang suspek.
“Dalam hal ini saya boleh katakan beliau adalah suspek kes ini, kerana beliau sudah diminta memperincikan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM (pengisytiharan harta).
“(Yang) kedua apabila penemuan wang ini dan beliau antara yang dikaitkan, maka kita perlu mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai penemuan wang itu,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Artikel lain: Ismail Sabri Sambung PhD, Kembali Bergelar Pelajar Di UUM

Ismail Sabri adalah suspek

Menerusi sidang akhbar tersebut, SPRM mempamerkan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa selain 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, SPRM dilapor akan memanggil 10 lagi saksi berhubung siasatan tersebut yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri kesembilan.

Ia bermula apabila empat individu termasuk bekas pegawai kanan Ismail Sabri ditahan selepas disyaki terlibat dalam rasuah.

Sumber: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz) , Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd