Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

“Saya Kurang Sihat..”- Iman Aliff Tetap Kebal, Tewaskan El Jamari Di Pentas ONE Championship

Iman Aliff Tetap Kebal

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat berturut-turut dalam ONE Championship, sebentar tadi.

Beraksi dalam kategori strawweight muay thai pada ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Alif, 21, menampilkan aksi agresif sepanjang tiga pusingan sebelum diumumkan menang menerusi keputusan sebulat suara ke atas petarung Maghribi, Elmehdi El Jamari.

Iman Aliff Tetap Kebal

Walaupun berdepan masalah kesihatan menjelang pertarungan, Alif tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk mengendurkan asakan.

Sebaliknya, dia tampil bertenaga dan penuh taktikal, menguasai hampir keseluruhan pertarungan dengan kombinasi pukulan dan tendangan yang konsisten.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya kurang sihat hari ini, jadi saya terpaksa ubah perancangan. Tapi saya cuba untuk tetap menghiburkan penonton hari ini,” kata Alif selepas diumumkan sebagai pemenang.

Artikel lain: Seorang Lagi Atlet Muda Muaythai Negara Peroleh Kontrak One Championship

Kemenangan itu adalah yang keempat berturut-turut buat Alif sejak Ogos tahun lalu, termasuk kejayaan bergaya menerusi knockout di pusingan pertama ke atas wakil Russia, Shamil Adukhov pada 8 Februari lalu.

Sejak menyertai ONE Championship pada April 2023, Alif kini mengumpul lapan kemenangan daripada 10 pertarungan yang merupakan satu rekod membanggakan untuk petarung muda negara itu.

Kejayaan Alif turut menjadi penawar kepada kekecewaan peminat muay thai tanah air selepas rakan senegara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, tewas kepada petarung Colombia Amerika, Diego Paez menerusi keputusan split decision dalam pertarungan lebih awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: IG Iman Aliff

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kontroversi program motivasi rumah tangga eHati terus hangat apabila polis mengesahkan wujud elemen tak senonoh dalam acara dinamakan Queen’s Night yang diadakan pada malam...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed tampil membuat laporan polis selepas mendakwa barangan kemas miliknya dicuri oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab. Barang kemas...

Lokal

Polis telah merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, yang dilaporkan hilang di Sungai...

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd