Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Baru Peluk Islam, Pempengaruh Muka Gengster Kongsi Momen Sebak Tunai Umrah Bersama

Pempengaruh, Muhammad Mikhael Sathayah atau lebih dikenali sebagai Muka Gangster, kembali mencuri perhatian selepas memuat naik video penuh emosi memperlihatkan ibunya, M Muniamah, 75, menunaikan umrah di Mekah.

Ibu tunai umrah

Ibu Muka gengster tunai umrah

Menerusi perkongsian di TikTok, Muhammad Mikhael mengakui seakan sedang bermimpi kerana tidak menyangka ibunya akan dijemput sebagai tetamu ke Tanah Suci setelah baru beberapa bulan memeluk Islam.

@mukagangster

mak titew Umrah @Mak Titew @Murni Azwa @Jin Zaktar @Mantop Travel HQ @Ejen Mantop Travel Ipoh . Thank you Mantop .Info di Bio Muka Gangster #maktitew #wifetitew #murniazwa #islam #mantoptravel

♬ Beautiful and sad piano + strings Tears/memories(1437647) – Shinnosuke Shibata

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mak saya pergi umrah, rasa macam mimpi saat ini sebab tahun 2023 saya datang seorang, doa depan Kaabah Ya Allah kau berikanlah hidayah kepada mak dan berikanlah dia menantu tersayang. Doa itu makbul dan saat ini semua terasa sempurna,” kata Muhammad Mikhael.

Dalam pada itu, dia juga turut meluahkan rasa gembira kerana kunjungannya ke Mekah kali ini berkongsi tarikh yang sama dengan hari lahir isteri tercinta.

“Selamat hari jadi sayang, happy birthday. Kebetulan guys, 20/12/2025 saat kita nak tawaf hari jadi isteri saya. Hadiah besar daripada Allah,” jelasnya.

TikToker itu juga menjelaskan hanya satu sahaja doa yang dipanjatkan olehnya iaitu memiliki zuriat sebagai penguat kasih dan sayang dalam sesebuah rumah tangga.

“Saya doa satu sahaja moga mak saya dapat cucu, itu sahaja doa kami di Mekah supaya mak saya dapat seorang cucu comel. Terima kasih, mak adalah segala-galanya untuk saya,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Pempengaruh Muka Gangster Kongsi Momen Sebak Ibu Peluk Islam – “Hebat Kuasa Allah”

Terdahulu, M Muniamah menjadi perhatian ramai apabila mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluk agama Islam sambil disaksikan oleh Muhammad Mikhael dan isterinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, anak lelakinya itu sudah memeluk Islam terlebih dahulu pada tahun 2018.

Sumber: TikTok mukagangster

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd