Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Hyundai Bangunkan EV Yang Boleh Putar Empat Roda Kereta Ke 90 Darjah

Anak syarikat Hyundai bangunkan EV yang boleh bergerak ke sisi bagi memudahkan pemanduan untuk memasuki kotak parkir sisi tanpa gagal.

Boleh bergerak ke sisi seperti ketam

Memetik laporan dari Amanz, setelah pelbagai teknologi seperti sensor undur dan kamera belakang telah disertakan dalam kenderaan moden untuk memudahkan proses parkir, kini di CES, sebuah Hyundai Ionic pula diubahsuai dengan sistem roda yang membolehkan ia bergerak ke sisi seperti ketam.

Dibangunkan anak syarikat Hyundai

Roda yang dikenali sebagai Mobis e-Corner ini dibangunkan oleh anak syarikat Hyundai membolehkan kesemua empat roda pada kereta diputarkan sehingga 90 darjah.

Ini membolehkan ia bergerak ke sisi seperti ketam sekaligus mempercepatkan proses keluar dan masuk ruang parkir sisi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain daripada itu, terdapat juga mod untuk bergerak secara sendeng bagi memudahkan kenderaan memotong, mod berpusing 90 darjah dan berputar 360 darjah secara setempat.

Setiap unit Mobie e-Corner dilengkapi motor elektrik, sistem suspensi dan brek tersendiri yang dikawal oleh komputer membolehkan ia berfungsi serentak atau kendiri mengikut keperluan. Sistem in masih di fasa prototaip sahaja pada waktu ini.

Sumber: Amanz

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd