Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hilang Empat Ahli Keluarga, Attar Azim Menangis Ketika Pengebumian

Kanak-kanak yang kehilangan empat ahli keluarga akibat nahas yang berlaku di kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan, pada Sabtu menangis semasa pengebumian jenazah ibu bapa dan dua orang adiknya.

Foto: Media sosial

Menurut laporan daripada Harian Metro, Attar Azim Syukran Jamil berkata, ibu bapanya kerap kali berpesan agar sentiasa beradab kepada orang tua serta persediaan diri  menjelang bulan Ramadan.

“Abah kata, kena doa banyak-banyak supaya boleh puasa. Abah kata puasa tu best, ada banyak pahala tapi abah kata kena doa banyak-banyak. Ada orang yang tak dapat puasa, jadi dia tak dapat kumpul banyak pahala.
“Mak kata pula kalau belajar pandai, tapi tak hormat ibu bapa tiada guna,” kata kanak-kanak berusia sembilan tahun itu selepas selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara di Tanjung Malim pada malam tadi.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Attar Azim lagi, dia menanti ahli keluarganya di syurga nanti sekali gus menimbulkan sebak netizen di ruangan komen laporan berkenaan.

“Tunggu tau Attar di syurga. Nanti dah tak boleh peluk dah, sebab keluarga Attar dah pergi alam lain,” ujarnya.

Allahuakbar! Semoga Allah beri kehidupan yang baik

Ya Allah, kasihannya

Kuatkan semangat dik..

Sabtu lalu, Perodua Myvi yang dinaiki Attar Azim sekeluarga bertembung dengan sebuah Nissan March sehingga meragut empat nyawa, iaitu bapanya Syukran Jamil Ab Hamid, ibunya, Noor Aishah Razali serta dua orang adiknya iaitu, Ahya Rafiqi dan Lufya Adeena.

Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd