Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Hermes Beri Bonus Lebih RM20,000 Pada Staf Seluruh Dunia

Syarikat gergasi mewah Perancis, Hermes memberi ganjaran berbentuk bonus berjumlah AS$4,300 (RM20,570) kepada semua pekerja di seluruh dunia bagi meraikan rekod jualan tahunan yang menguntungkan.

Syarikat itu melaporkan keuntungan yang lebih baik daripada jangkaan sebanyak €4.3 bilion (AS$4.6 bilion), meningkat 28 peratus berbanding tahun 2022.

“Pada 2023, Hermes sekali lagi memupuk keistimewaannya dan mencapai prestasi cemerlang dalam semua metier (perniagaan) dan merentasi semua wilayah berbanding asas yang tinggi,” kata pengerusi eksekutif Axel Dumas dalam satu kenyataan.

Bukan itu sahaja, seramai 22,000 pekerjanya di seluruh dunia akan mendapat bonus €4,000 (AS$4,300) awal tahun ini sebagai sebahagian daripada dasarnya berkongsi hasil pertumbuhan dengan semua mereka yang menyumbang kepadanya setiap hari.

Ia juga akan mencadangkan kenaikan dividen untuk pemegang saham.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saham dalam Hermes meningkat lebih daripada empat peratus kepada €2,168 dalam urus niaga lewat pagi di bursa saham Paris, melonjakkan kumpulan itu mengatasi gergasi kosmetik L’Oreal dari segi permodalan pasaran.

Harga saham L’Oreal jatuh lebih daripada 7 peratus kepada €420 selepas mencatatkan keputusan yang lebih rendah daripada jangkaan untuk suku keempat.

Saham dalam LVMH, kumpulan barangan mewah terbesar di dunia, turun 0.3 peratus kepada €802, walaupun ia juga melaporkan rekod pendapatan tahunan bulan lepas.

Pemilik Gucci Kering naik 0.7 peratus kepada €412, sehari selepas melaporkan keuntungan yang merosot.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Channel News Asia

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd