Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Skid Bergesal Dengan Tempat Pendaratan Punca Helikopter Hilang Kawalan

Skid bergesel dengan tempat pendaratan dipercayai punca helikopter hilang kawalan lalu terhempas dan terbakar ketika melakukan pendaratan cemas di Bentong, Pahang, pagi tadi.

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil soal siasat daripada dua orang saksi, mereka melihat skid helikopter bergesel dan terkena tempat pendaratan.

Helikopter hilang kawalan dipercayai kerana skid bergesel dengan tempat pendaratan

helikopter hilang kawalan

Foto: Berita Harian

“Helikopter berkenaan mendarat bagi tujuan mengisi minyak dan ketika di ketinggian 3 kaki, skid bergesel dengan muka bumi lalu terbalik,” katanya yang ditemui ketika sidang media di lokasi nahas.

Helikopter itu terbakar ketika mendarat berhampiran Kolam Air Panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, Pahang, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Garis Panduan Umat Islam: MP DAP Mahu Jumpa Menteri Agama

Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sementara itu, juruterbang helikopter berkenaan yang terbabit dalam kemalangan itu terselamat selepas ditarik keluar oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di tapak perkhemahan di lokasi kejadian, lapor Berita Harian.

Helikopter hilang kawalan lalu terbakar, satu maut & satu terselamat

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut sumber, pengawal keselamatan warga tempatan berusia 38 tahun itu sedang berada tidak jauh dari lokasi kejadian dan berlari ke arah helikopter tersebut selapas terhempas dan terbakar di tapak pendaratan.

“Dalam keadaan helikopter sedang terbakar, pengawal keselamatan menarik keluar juruterbang yang sudah membuka tali pinggang keledar dipakainya ke kawasan selamat,” ujarnya.

Dalam pada itu, juruterbang yang cedera dan jurutera yang meninggal dunia dalam nahas itu adalah dari sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan udara yang berpangkalan di Indonesia.

Syarikat itu dilaporkan melakukan kerja pengangkutan kabel untuk penyelenggaraan tapak projek milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bentong.

Helikopter hilang kawalan sebelum terbakar

Foto: Malaysia Gazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika kejadian hanya juruterbang dikenali sebagai Kustiyadi, 44, berada dalam helikopter, manakala jurutera yang terkorban atau marshal pendaratan dikenali Finsen Resky Sembiring, 27, yang berada di tapak pendaratan, maut selepas terkena bilah helikopter.

Finsen, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Bentong jam 11.20 pagi, manakala Kustiyadi dihantar ke Hospital Bentong, untuk rawatan lanjut.

Sumber: Buletin TV3 (Ain Shafiqah Zaki)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd