Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sempena Hari Malaysia 2025, Jemaah Menteri Seru Rakyat Perkukuhkan Perpaduan!

Pemimpin negara menyeru rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan keharmonian dan perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia 2025 dan menekankan, perpaduan ialah harta paling berharga yang semestinya diwariskan kepada generasi akan datang.

Seruan itu disuarakan beberapa pemimpin negara menerusi hantaran di laman Facebook (FB) masing-masing, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kepelbagaian budaya, agama dan bangsa khazanah berharga yang menjadikan Malaysia unik di mata dunia.

Hari Malaysia 2025

Hari Malaysia 2025

“Dengan tema ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, kita diingatkan bahawa kekuatan negara ini bukan sahaja pada pembangunan dan kemajuan tetapi pada kasih sayang dan kepedulian antara satu sama lain,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pula berkata, perpaduan menjadi tunjang kekuatan negara sejak lebih enam dekad lepas, malah keamanan yang dinikmati hari ini hasil pengorbanan rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perpaduanlah yang membolehkan kita segulai sejalai (seiring sejalan) dalam menempuh cabaran, membina kemajuan serta mengangkat martabat Malaysia di persada dunia.
“Sempena Hari Malaysia 2025, marilah kita memperbaharui tekad untuk terus memelihara perpaduan, menolak politik kebencian dan mempertahankan kestabilan negara,” katanya dalam hantaran di FB, hari ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut mengajak orang ramai memeriahkan sambutan rasmi Hari Malaysia di Butterworth malam ini, sambil menekankan bahawa perpaduan ialah harta paling berharga yang mesti diwariskan kepada generasi akan datang.

Artikel lain: PNM Semarak Rukun Negara, Perkukuh Jati Diri Bangsa Sempena Hari Malaysia 2025

Hari Malaysia 2025

“Sama-sama kita raikan semangat perpaduan, kebebasan dan cinta akan tanah air,” kata Fahmi dalam hantaran di FB.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan Hari Malaysia sebagai simbol kesepaduan, federalism (federalisme) dan perpaduan rakyat di seluruh negara.

“Marilah kita semua menjaga keamanan dan perpaduan yang dimiliki demi kesejahteraan negara Malaysia bersama. Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia! Semoga negara ini sentiasa diberkati, maju dan sejahtera untuk generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pula menekankan bahawa akses kepada perkhidmatan kesihatan sejagat adalah asas perpaduan sebenar rakyat, manakala Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyifatkan pindaan undang-undang pendidikan bagi mewajibkan persekolahan menengah sebagai hadiah Hari Malaysia untuk anak-anak di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan bahawa Malaysia lahir daripada sebuah ikrar untuk bersatu dalam perbezaan, manakala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang menegaskan, harmoni serta persatuan asas kekuatan negara dalam menghadapi cabaran global.

Turut menyampaikan ucapan ialah Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa serta Menteri Digital Gobind Singh Deo yang sama-sama menzahirkan komitmen untuk menjadikan Malaysia terus progresif, inklusif dan berdaya saing di pentas dunia.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Dunia

Seorang lelaki, Alvi Maulana, 24, mengaku menyesal selepas membunuh dan mengerat 65 bahagian tubuh badan teman wanitanya Tiara Angelina Saraswati, 25, sebelum membuang cebisan...

Sosial

Baru-baru ini tular seorang pemandu kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang mengeluarkan saman hanya kerana tidak dapat menunjukkan lesen memandu dalam aplikasi MyJPJ. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd