Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Hantar Resolusi Rayu Malaysia Kekal Jadi Penganjur Sukan SEA 2027 – MOM

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menghantar resolusi pemegang taruh utama sukan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi merayu kerajaan untuk Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA ke-34 2027.

Menerusi satu laporan Berita Harian, Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, perkara tersebut secara sebulat suara telah dipersetujui semua wakil persatuan sukan kebangsaan (NSA) yang hadir semasa mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-209 hari ini.

Foto: Bernama

“Resolusi berkenaan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau berkata, revolusi itu dibuat berikutan wujudnya kebimbangan selepas kerajaan menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 bulan lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Resolusi ini hanya membawa suara rayuan di akar umbi dengan meminta kerajaan meneliti dengan baik agar penganjuran Sukan SEA pada 2027 terus berada di landasan tepat.
“Kami tidak mahu mempunyai sebarang gangguan pada rancangan itu kerana ia melibatkan imej dan maruah kami.
“Selepas mereka mendengar tentang Sukan Komanwel, ada soalan yang bertanya kepada kita, apabila berdepan dengan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), kita perlu mempunyai keyakinan bahawa kerajaan bersama dalam penganjuran,” ujarnya.

Norza juga memberitahu pihaknya risau sekiranya wujud gangguan dalam program latihan dan persiapan atlet yang sedang menanti untuk bertanding di Sukan SEA 2027 nanti.

Foto: Google

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar Sukan SEA 2027 akan dianjurkan di negeri-negeri lain seperti di Sarawak, sekali gus memecahkan tradisi yang selama ini hanya tertumpu di Lembah Klang.

“Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg memandangkan negeri itu mempunyai kemudahan.
“Sarawak bakal menganjurkan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 bermula 17 hingga 24 Ogos ini,” tambah beliau lagi.

Untuk makluman, menganjuran sukan SEA 2027 ini akan menjadikan Malaysia menjadi tuan rumah buat kali ketujuh bagi temasya dwitahunan tersebut, selepas pernah menjadi penganjur pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd