Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Hannah Yeoh Gesa Henti Sebar Poster Atlet Malaysia Ke Olimpik Paris 2024

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan bertanding pada Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Menerusi satu laporan Malaysiakini, Hannah berkata, hal tersebut bertujuan untuk menjaga kesihatan mental seramai 26 atlet negara sekali gus membolehkan mereka berada dalam keadaan fokus dalam misi memburu pingat emas di temasya dunia itu.

Foto: Malaysiakini

“Saya tidak mahu apa-apa mengganggu kesihatan mental atlet kita dan persiapan mereka kerana saya percaya semua agensi terlibat telah melakukan yang terbaik untuk persiapan 26 atlet ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Peluncuran Program Santuni MADANI-Satu Pemimpin Satu Kampung Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Kampung Orang Asli Buloh Telor, Kuala Kubur Bharu, Selangor pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

Sebelum ini, Hannah mengumumkan Kampung Orang Asli Buloh Telor dipilih sebagai Kampung Angkat bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mengatasi isu sosioekonomi penduduk selain mencadangkan kaedah penyelesaian dalam aspek pendidikan, kemiskinan, kesihatan, infrastruktur dan sebagainya menerusi program tersebut.

“Antara inisiatif akan dilaksanakan bagi tahun ini adalah baik pulih gelanggang pelbagai guna untuk sukan sepak takraw dan badminton dengan anggaran peruntukan sebanyak RM50,000 hingga RM100,000. 

Foto: ecentral.my

“Manakala bagi 2025, KBS merancang untuk membaik pulih padang bola sepak dengan anggaran peruntukan sebanyak RM300,000 hingga RM400,000,” tambah beliau.

Hannah turut menyerahkan peralatan sukan seperti bola sepak dan badminton kepada golongan belia di kampung itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Maxim Malaysia sedang berbincang dengan pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu berhubung dakwaan bahawa dua aplikasi e-hailing yang dikendalikannya, Maxim dan InDrive, beroperasi secara haram....

Dunia

Satu kejadian tragis menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Situbondo, Jawa Timur apabila dilaporkan disiram dengan cecair mudah terbakar (spiritus) sebelum dibakar...

Politik

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mokhtar Senik mengemukakan pendapat bahawa pari tersebut hanya akan kekal relevan sebagai parti politik Islam jika...

Bisnes

Harga minyak global turun merosot pada awal dagangan hari ini hampir AS$1 rentetan jangkaan perjanjian nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran. Harga minyak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd