Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Hampir Tersingkir Awal, Manchester United Kini Nyawa-Nyawa Ikan

Kelab gergasi, Manchester United ‘nyawa-nyawa ikan’ memandangkan hampir tersingkir awal daripada Liga Juara-Juara (UCL) selepas tewas 3-4 di tangan FC Copenhagen dalam perlawanan menyaksikan Marcus Rashford dibuang padang, awal pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, United dikatakan mensia-siakan peluang untuk mendapatkan tiga mata selepas Rasmus Hojlund  berjaya meledakkan dua gol selepas setengah jam perlawanan.

Layangan kad merah yang diterima Rashford telah menjejaskan momentum United dan mereka di ambang penyingkiran selepas kekalahan ketiga daripada empat perlawanan Kumpulan A.

Manchester United ‘nyawa-nyawa ikan’

Artikel lain: David Beckham Duta Baharu Manchester United Jika ‘Pak Arab’ Ambil Alih

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum rehat, Mohamed Elyounoussi dan Diogo Goncalves bertindak menyamakan kedudukan menerusi penalti untuk tuan rumah.

Kegembiraan United hanya sebentar apabila penalti Bruno Fernandes meletakkan pasukan itu dihadapan namun, segalanya bertukar selepas Lukas Lerager dan Roony Bardghji menghadiahkan dua gol sekali gus membolehkan Copenhagen meraih kemenangan pertama aksi UCL sejak 2016.

Kekecewaan di wajah pengurus United, Erik Ten Hag tidak dapat disembunyikan kerana layangan kad merah terhadap pasukannya telah mengubah segala corak permainan.

“Kemudian perlawanan menjadi berbeza. Saya melihat banyak aspek positif tetapi akhirnya kami hilang fokus. Saya fikir kad merah Rashford adalah keputusan terlalu keras,” tambahnya lagi.

Difahamkan, United kini menduduki tangga terakhir dalam kumpulan berbaki dua lagi perlawanan sukar, menentang pasukan di tangga ketiga Galatasaray pada 29 November.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perlawanan kedua pula United akan berjumpa dengan Bayern Munich yang sudah pun layak ke peringkat kalah mati pada 12 Disember.

Sumber: Harian Metro

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd