Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Sebak, Haiwan Kesayangan Dikorbankan – “Selamat Tinggal Sahabat”

Lelaki sebak, haiwan kesayangan dikorbankan

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban merupakan sambutan terbesar yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan penuh rasa pengorbanan dan keimanan.

Lelaki sebak, haiwan kesayangan dikorbankan

Lelaki sebak, haiwan kesayangan dikorbankan

Baru-baru ini tular di Facebook, seorang peternak yang dikenali sebagai Khairul Johari berkongsi momen sebak bersama haiwan peliharaannya yang akan dikorbankan bagi melaksanakan amalan sunat yang dianjurkan di dalam Islam itu.

“Saya pernah bela banyak haiwan, tapi awak (lembu) lain. Awak tak pernah berbicara tapi awak selalu buat saya rasa difahami.
“Dalam diam awak, saya jumpa ketenangan yang manusia jarang beri. Saya pernah duduk di sisi awak waktu langit gelap, waktu jiwa saya serabut, waktu hidup saya sempit.
“Saya tak perlu bercakap banyak. Saya cuma letak tangan atas kepala awak dan entah kenapa, saya rasa dunia jadi perlahan. Nafas saya jadi dalam,” kata Khairul pada Isnin.

Dalam pada itu, Khairul berkata bahwa lembunya seolah-olah memahami apa yang sedang dilalui olehnya dan mengajar erti reda yang sebenar.

Lelaki sebak, haiwan kesayangan dikorbankan

“Macam awak, seekor lembu, sedang ajar saya cara untuk hidup perlahan-lahan. Awak tak pernah cakap “saya sayang awak”. Tapi awak tunjuk dalam seribu cara.
“Bila saya datang ke kandang, awak paling dulu datang. Bila saya sakit, awak pandang saya lama-lama, tunduk kepala dekat lutut saya.
“Bila saya menangis diam-diam waktu suap awak makan, awak tenung saya macam awak tahu, awak tak akan lama.
Saya mula sayang awak bukan sebab awak besar, cantik, jinak. Saya mula sayang awak sebab awak jadi tempat saya belajar erti reda,” jelasnya.

Penternak itu turut memberitahu dia terpaksa akur berpisah dengan binatang ternakannya itu dan berharap pengorbanan yang dilakukan dilihat oleh Tuhan ketika berada di Padang Mahsyar kelak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Awak perpisahan yang saya relakan demi Tuhan saya. Saya tahu awak tak faham apa itu pengorbanan tapi bila awak rebah nanti, saya percaya awak akan bawa cinta saya kepada Tuhan, dalam bentuk darah dan takbir.
“Saya takut hari itu. Saya takut tengok awak jatuh. Tapi saya tahu ada cinta yang paling tulus bukan dalam memiliki, tapi dalam melepaskan.
“Saya lepaskan awak bukan sebab saya tak sayang. Saya lepaskan awak sebab awak terlalu saya sayang. Saya harap awak tunggu saya. Sebab di Padang Mahsyar nanti, bila semua amalan saya terlalu kotor untuk diangkat Saya cuma nak ada satu saksi.
“Datang dari arah kanan yang akan kata, dia pernah lepaskan saya demi Tuhan, dia pernah menangis untuk reda. Saya datang hari ini untuk bantu dia melintas ke syurga,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Atta Halilintar Korban 22 Ekor Lembu Dan Kambing, Sempena Tarikh Lahir Anak

Difahamkan, Khairul sedang mengira hari kerana mengetahui masa bersama lembu kesayangannya itu sudah tidak lama dan menganggap ia bukan sahaja seekor haiwan malah merupakan sahabat yang terpaksa terpisah atas nama Tuhan.

Sumber: Facebook Khairul Johari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd