Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Goda Isteri Orang & Ganggu Rumah Tangga Di Sabah Boleh Dipenjara 18 Bulan

Lelaki Islam yang goda isteri orang di Sabah boleh dikenakan tindakan di bawah enakmen Mahkamah Anak Negeri (MAN) Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata, undang-undang dalam enakmen MAN Sabah lebih besar dari segi dendanya.

Malah, perkara terbabit terpakai sejak sekian lama melibatkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995.

Ujarnya, denda yang dikenakan kepada pelaku adalah tiga ekor ternakan dan boleh dikenakan 18 bulan penjara atau denda sebanyak RM3,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Di Sabah pun kita ada enakmen berkenaan iaitu Seksyen 86 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995, tetapi enakmen MAN pun ada,”katanya.

goda isteri orang

Artikel lain: Undang-Undang Lelaki Goda Isteri Orang Dimansuhkan – Mahkamah

Katanya, di Sabah terdapat peruntukan undang-undang yang mengawal perbuatan gangguan orang ketika terhadap rumah tangga di dalam Islam

Tambahnya, kes gangguan rumah tangga membabitkan orang ketiga bagi mereka yang beragama Islam juga boleh dikenakan hukuman.

“Terdapat peruntukan undang-undang yang mengawal perbuatan gangguan orang ketiga terhadap rumah tangga di dalam Islam termasuklah seksyen 36, seksyen 37 dan seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.
“Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di negeri-negeri, kesalahan mengganggu rumah tangga orang terbahagi kepada tiga komponen iaitu memujuk lari perempuan bersuami, menghalang pasangan suami isteri untuk hidup bersama serta menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
“Namun ketiga-tiga peruntukan yang terdapat dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan ini tidak diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995. Kesemua kesalahan terbabit di Sabah dirangkumkan dalam satu seksyen ini sahaja,”katanya.

goda isteri orang

Dalam pada itu, beliau menyatakan Sabah juga mempunyai Undang-Undang Adat yang turut memperuntukkan hukuman terhadap kesalahan perbuatan seorang lelaki memikat isteri orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kes berkenaan dilaporkan berlaku di Mahkamah Syariah dan beliau berharap ia tidak akan berlaku.

Beliau berkata demikian pada kunjungan hormat dan lawatan rasmi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, pada Selasa.

Turut hadir bersama Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah bagi menyempurnakan lawatan rasmi pentadbiran kerajaan Selangor.

Sumber: Kosmo! Online (Ivan Amirul), Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua beradik berusia enam dan lapan tahun maut selepas kereta dinaiki bersama ibu bapa mereka terbabas lalu terjunam ke dalam sungai berhampiran Jambatan Tanjung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd