Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Geng Subuh Macam Jumaat Di Masjid Putra Jemput Sonny Bill Williams

Geng Subuh Macam Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya akan disertai bekas pemain ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams pada hujung minggun nanti.

Sonny Bill Williams ada di Malaysia

Menerusi perkongsian di platform X Putrajayaku, mereka telah memaklumkan yang Williams akan ada bersama bagi memeriahkan lagi program geng subuh macam jumaat yang berlangsung pada 25 Februari 2024 nanti bermula jam 5 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akan sertai Geng Subuh Macam Jumaat

Difahamkan, atlet tersebut akan sama-sama melakukan aktiviti brisk walk dengan para jemaah yang hadir selepas menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Putra.

geng subuh macam jumaat

Artikel lain: Taufik Batisah Laung Azan Di Masjid, Kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ Meriah Di Singapura

Terlibat dalam beberapa program sewaktu di Malaysia

Menerusi perkongsian Williams di media sosial miliknya, dia telah berada di Kuala Lumpur sejak beberapa hari bagi menjayakan beberapa program bercorak dakwah.

Bekas pemain All Blacks itu juga dilihat berkesempatan untuk memberi sedikit tunjuk ajar berkenaan sukan Ragbi sewaktu bekerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia bersama 60 peserta Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) di Stadium Mini Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil kelmarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Sonny Bills Williams merupakan seorang mualaf yang memeluk Islam sekitar 2008. Dia merupakan pemain ragbi  All Blacks beragama Islam yang pertama memenangi gelaran juara dunia pada 2011.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia yang kini sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai beberapa orang anak sememangnya cukup terbuka berkongsi kehidupannya sebagai seorang Muslim di media sosial sekali gus memberi inspirasi kepada masyarakat Islam dunia.

Sumber: X putrajayaku

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd