Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Gelaran Miss Japan 2024 Ditarik, Model Kantoi ‘Sondol’ Suami Orang

Pemenang Miss Japan 2024, Karolina Shiino telah ditarik balik kemenangannya hanya selepas sebulan memegang gelaran tersebut gara-gara dakwaan sondol suami orang.

Jalin hubungan dengan suami orang

Memetik laporan dari The Japan Times, hal tersebut terjadi disebabkan kisah hubungan sulit model kelahiran Ukraine itu dengan suami orang terbongkar selepas didedahkan majalah Shukan Bunshun.

Gelaran Miss Japan 2024 ditarik lepas penganjur dapati model masih keluar dengan kekasih

Menurut majalah berkenaan wanita berusia 26 tahun itu telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang doktor yang juga merupakan suami orang.

Walaupun pada awalnya penganjur pertandingan menyangkal dakwaan tersebut dengan alasan Shiino tidak tahu lelaki berkenaan sudah berumah tangga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gelaran Miss Japan 2024 Ditarik, baru dapat pada 22 Januari lalu

Namun, mereka telah kembali membuat kenyataan memaklumkan yang model berkenaan masih menjalinkan hubungan dengan kekasihnya walaupun sudah mengetahui hal sebenar.

Pihak penganjur juga memberitahu telah menerima permintaan Shiino untuk melepaskan gelaran yang telah dimenanginya pada 22 Januari 2024 lalu.

Terdahulu, Karonila Shiino telah mencetuskan kontroversi apabila memenangi pertandingan tersebut memandangkan kedua-dua ibu bapanya berdarah Ukraine.

Dia telah mulai tinggal di Jepun pada usia 5 tahun selepas ibunya berkahwin untuk kali kedua dengan warga setempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Japan Times

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd