Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gara-Gara Buang Baju Ke Sungai Melaka, Pempengaruh Didenda RM500

Sebuah premis pakaian terletak di bangunan bersejarah berwarna merah di Jalan Laksamana di Melaka, dikenakan denda sebanyak RM500 selepas pemiliknya yang juga seorang pempengaruh media sosial bertindak membuang sehelai baju ke dalam Sungai Melaka.

Menurut laporan Sinar Harian, tindakan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana pakaian yang dihasilkan didakwa telah dicciplak oleh pihak lain.

Foto: Media Sosial

Video tersebut tular di aplikasi TikTok sejak Ahad lalu sehingga mengundang kecaman hebat daripada warganet yang menganggap tindakan tersebut tidak bertanggungjawab, lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan pelancongan utama di negeri bersejarah itu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman memaklumkan, hasil siasatan pihak penguat kuasa mendapati pemilik premis tidak berada di lokasi ketika pemeriksaan dijalankan, bagaimanapun individu terbabit berjaya dihubungi dan mengakui perbuatannya.

Menurut Shadan, pemilik tersebut menjelaskan insiden tersebut adalah kali pertama berlaku akibat kemarahan terhadap isu dalam perniagaan, namun kesemua pakaian yang dibuang telah diambil semula dari sungai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

“Pegawai penguat kuasa bertugas telah mengeluarkan satu Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) di bawah Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
“Notis itu tindakannya membuang pakaian atau sampah ke tempat awam, iaitu di dalam sungai boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500,” katanya.

Tambah beliau, masyarakat diseru agar besama-sama memelihara kebersihan negeri ini dan mengelakkan tindakan melulu dalam menyuarakan ketidakpuasan hati.

Foto: Media Sosial

“Walaupun kami memahami betapa marahnya pemilik tersebut, tetapi ada kaedah lain jika nak tunjukkan kemaharan contoh buat baju tersebut dalam tong sampah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, video berdurasi 13 saat yang merakam tindakan lelaki tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial dan masyarakat tempatan.

Sumber: Sinar Harian

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd