Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gangguan Air Pulau Pinang Tamat, Pulih Mengikut Jadual Ditetapkan

Masalah gangguan bekalan air Pulau Pinang berjaya dipulihkan secara keseluruhan mengikut jadual ditetapkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), hari ini.

PBAPP memaklumkan, status pemulihan bekalan air keseluruhan di negeri tersebut telah mencapai 100 peratus awal pagi tadi kepada 590,000 pengguna terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual yang bermula 10 Januari lalu.

”Status pemulihan bekalan air keseluruhan ialah 100 peratus. Bekalan air telah dinormalkan untuk pengguna yang terjejas,” katanya menerusi hantaran dikongsikan di platform Facebook.

air pulau pinang

Bermula Rabu lalu, sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh kawasan negeri berkenaan terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual itu.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) menerima bekalan air selepas 48 jam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.

Sumber: FB PBAPP Penang

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd