Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Gadis Beli Udara Dari Bandung Dan Jakarta Sebelum Buat Reviu

Seorang gadis tular di media sosial selepas beli bungkusan berisi udara dari Bandung dan Jakarta yang dijual secara dalam talian.

Menerusi satu perkongsian di TikTok @zueenaaaaa, wanita bernama Zueenaputry itu telah membeli udara tersebut sebelum membuat reviu dalam sebuah video.

@zueenaaaaa

#review #reviewtiktok #perbedaan #udarajakarta #udarabandung #barangrandom #fypシ #maapin

♬ Backsound Lucu – Faid rafanda

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Reviu udara dari Bandung dan Jakarta. Bungkusan dah sampai, mari kita buka.
“Harga bagi satu bungkusan ialah 12,000 rupiah (RM3.50) setiap satu dan darab dua jadi 24,000 rupiah (RM7). Caj penghantaran adalah 4,000 rupiah (RM1.20),” katanya.

Wanita asal Bogor itu turut menyatakan bahawa udara dari Bandung dapat menghilangkan tekanan manakala udara dari Jakarta pula menambahkan tekanan.

Gadis beli udara dari Bandung dan Jakarta

Menerusi rakaman berdurasi satu minit 38 saat itu, Zueenaputry dilihat membuka ikatan plastik yang pertama iaitu udara dari Jakarta lalu menghirupnya sambil tertawa.

Artikel lain: Mechamato Movie Cipta Sejarah, Filem Animasi Malaysia Pertama Ditayangkan Di Jepun

“Terhidu sekali aroma debu-debunya. Betul kawan-kawan, selepas menghirup udara ini, stress saya semakin bertambah. Pencemaran udaranya sangat terasa.
“Dengan bajet 12,000 rupiah sahaja, saya dapat merasakan udara Jakarta tanpa melancong,” ujarnya.

Selepas menghirup udara Jakarta, gadis berusia 18 tahun itu kemudian membuka bungkusan plastik yang kedua iaitu plastik udara dari Bandung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Aromanya buat saya tercungap-cungap. Perbezaan antara udara Bandung dan Jakarta yang saya rasakan ialah tiada. Sumpah saya pening,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terutama dalam kalangan netizen Indonesia terhibur dengan video reviu daripada wanita tersebut.

Kamu kenapa?

Lucu, beli udara habis 28,000

Tinggal di Indonesia memang ‘best’

Memang udara Bandung dan Jakarta ke?

Angin 12,000? Boleh beli makanan

Nak udara dari Malaysia….

Sekadar info, Zueenaputry telah dihubungi sebuah agensi media Indonesia dan mengakui dia membeli udara tersebut secara dalam talian.

Sumber: TikTok Zueenaputry, Wolipop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd