Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

G-Dragon Nafi Ambil Dadah, Beri Kerjasama Penuh Kepada Polis

Penyanyi, G-Dragon nafi ambil dadah dan berjanji akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi tujuan siasatan.

Menurut laporan Soompi, G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong telah dipanggil polis Metropolitan Incheon untuk memberikan keterangan mengenai kes berkaitan dadah pada Rabu lalu.

View this post on Instagram

A post shared by 권지용(權志龍) (@xxxibgdrgn)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua hari selepas dipanggil ke balai polis, peguam G-Dragon mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan bahawa penyanyi tersebut mengambil dadah.

Artikel lain: “Aku Cinta Kamu” – Muncul Di Borneo Sonic Music Festival 2023, Taeyang Buat Ramai Teruja!

Menerusi kenyataan tersebut, G-Dragon berkata dakwaan dia mengambil dadah tidak benar selain tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pelanggaran Akta Kawalan Narkotik dan sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

G-Dragon Nafi Ambil Dadah

Foto: Naver

“Ini adalah Kwon Ji Yong. Pertama sekali, dakwaan saya mengambil dadah adalah tidak benar sama sekali.
“Pada masa yang sama, saya juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan berita mengenai pelanggaran Akta Kawalan dadah dan sebagainya yang tular di media,” katanya.

Penyanyi itu juga menyatakan dia tahu ramai yang bimbang akan dirinya, namun akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

BIGBANG's G-Dragon Reportedly Booked On Drug Charges + YG Comments | Soompi

Foto: Soompi

“Saya tahu ramai yang risau, namun saya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan ini,” ujarnya.

Menurut laporan, polis menyatakan mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi atas sebab kes tersebut masih dalam siasatan.

Namun begitu, mereka turut menjelaskan bahawa kes G-Dragon tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes aktor, Lee Sun Gyun yang turut disiasat dengan kes berkaitan dadah.

Sumber: Soompi, Instagram G-Dragon

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd