Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Festival Muzik & Bahan Terlarang: Bolehkah Ujian Air Kencing Menyelamatkan Nyawa?

Ujian Air Kencing

Konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya bulan lalu telah menarik perhatian banyak pihak selepas empat pengunjung dilaporkan maut ketika menghadiri acara tersebut.

Polis mengesahkan tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia adalah akibat pengambilan dadah stimulan dan masih menunggu laporan patologi seorang lagi untuk melengkapkan siasatan.

Susulan itu, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim, mencadangkan pelaksanaan ujian air kencing sebagai prosedur operasi standard (SOP) bagi pengunjung konsert di negeri tersebut.

Beliau berkata, ia bertujuan mencegah penglibatan dan pengambilan dadah semasa penganjuran konsert.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, Ng menjelaskan bahawa saringan ini hanya akan melibatkan individu yang menimbulkan syak sahaja, dan SOP memasuki konsert akan kekal seperti biasa bagi pengunjung lain.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh, menyatakan bahawa pelaksanaan ujian air kencing secara meluas di tapak konsert adalah tidak praktikal dan sukar dilaksanakan kerana proses saringan mengambil masa dan tidak boleh dilakukan sembarangan.

Beliau mencadangkan agar ujian air kencing dilakukan secara rawak dan kempen pencegahan dadah diperhebatkan di lokasi konsert.

Bolehkah Ujian Air Kencing Menyelamatkan Nyawa?

Melihat kepada perdebatan isu berkenaan, apakah ia turut memberi kesan kepada pihak penganjur terutamanya dalam menjayakan konsert pada masa akan datang?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pengasas bersama Angkasa Event Space, Mohd Zulhelmie Zullifan atau Elmi, pelaksanaan ujian air kencing di tapak konsert adalah bergantung kepada jenis muzik festival yang dianjurkan termasuk barisan artis yang diundang.

“Sebenarnya ada cara, kita buat ujian secara rawak. Kalau ada 10,000 pengunjung hadir, kita akan periksa 100 orang. Sebagai pengunjung, kita ada berasa takut. Kalau seseorang itu mengambil dadah, dia mesti akan takut. Mereka akan fikir, ‘aku mesti kena buat ujian air kencing’, jadi mereka akan berjaga-jaga. 
“Kita tidaklah akan membuat ujian air kencing kepada semua pengunjung. Kalau kita pergi (contoh Pinkfish Festival), logik juga untuk melakukan ujian air kencing.
“Tapi, kalau konsert macam Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Dayang Nurfaizah, agak tidak logik untuk melakukan ujian sebegitu kepada pengunjung,” katanya kepada Borak Daily.

Artikel lain: Konsert Pinkfish: Polis Percaya Terdapat Kegiatan Jualan Bahan Terlarang

Disoal mengenai ujian saringan air kencing memberi kesan kepada kehadiran pengunjung, Elmi akui ia memberikan kesan, ditambah pula artis antarabangsa memikirkan kesan dan peraturan yang dikenakan sekiranya mahu membuat persembahan di Malaysia.

“Malaysia mempunyai banyak peraturan. Mereka (artis antarabangsa) pasti akan risau dan perlu ambil peduli mengenai syarat-syarat ditetapkan. Sekarang pula mereka perlu risau mengenai dadah.
“Kadangkala, orang yang buat persembahan itu tidak mengambil dadah pun, tetapi ada pengunjung yang akan menyusahkan mereka. 
“Jika itu adalah cara untuk mencegah kematian seseorang di sebuah festival (akibat pengambilan dadah), ujian air kencing adalah perlu,” ujarnya.

Berbicara mengenai garis panduan artis antarabangsa termasuk tempatan di negara ini, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Pakaian dan aksi yang keterlaluan atau bercanggah dengan nilai budaya Malaysia boleh menyebabkan kelulusan ditolak atau dibatalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Misalnya, penyanyi Hollywood Beyoncé dan Selena Gomez pernah meminda pakaian dan persembahan mereka bagi menepati syarat di Malaysia. Malah, ada juga kes seperti kumpulan Lamb of God yang konsertnya dibatalkan kerana isu kandungan yang dianggap tidak sesuai.

Tambah beliau, pihak penganjur tidak boleh melakukan ujian air kencing para pengunjung dengan sewenang-wenangnya dan perlu pengawasan selain turut melibatkan kos.

Sementara itu, salah seorang peminat muzik Ahmad Huzaifie Azman berkata, konsert bukan sahaja tempat orang menghargai karya seni berkumpul dan berhibur, tetapi cara membina masyarakat dan komuniti.

“Kawalan ketat di konsert untuk keselamatan itu penting, tapi kalau terlalu ketat, ia cuma melambatkan proses masuk tanpa banyak manfaat. 
“Pemeriksaan tetap perlu, tapi cukup sekadar yang perlu. Kalau ada yang langgar peraturan selepas masuk, biar mereka tanggung akibatnya. Denda saja sudah memadai,” katanya.

Secara keseluruhan, cadangan pelaksanaan ujian air kencing di konsert mendapat pelbagai reaksi daripada pihak berkuasa dan penggiat industri, dengan penekanan kepada pendekatan yang praktikal dan efektif dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan pengunjung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) FC kerana jadi juara Liga Super...

Lokal

7 lelaki dari Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri yang menceroboh sebuah pelantar minyak tidak berpenghuni disyaki untuk mencuri di perairan...

Nasional

Seramai 287 orang belia autisme dan berkeperluan khas telah menerima manfaat daripada Program Latihan Kemahiran Insklusiviti melalui 13 buah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan...

Nasional

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan lengkap proses mengikut proses perundangan susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd