Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Faizal Azumu Anggap Rugi Besar Tak Benar Artis Antarabangsa Buat Konsert

Timbalan Presiden Parti Bersatu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu anggap rugi besar tak benar artis antarabangsa buat konsert di dalam negara susulan mengulas berkenaan konsert Taylor Swift yang berlangsung di Singapura 7 hingga 9 Mac nanti.

“Kita terlepas peluang itu”

Menerusi ciapan yang dibuat oleh Ahmad Faizal, dia mengatakan yang Malaysia telah terlepas peluang tersebut dan sepatutnya negara kita lebih agresif untuk mendapatkan perjanjian ASM Global iaitu syarikat pengurusan venue Amerika Syarikat.

“Kita terlepas peluang itu. Barisan selebriti kelas A berada dalam genggaman kita melalui perjanjian dengan ASM Global (syarikat pengurusan venue AS).
“Kita mesti bertindak agresif untuk dapatkan mereka,” tulisnya.

Faizal Azumu Anggap Rugi Besar, boleh jana ekonomi negara

Tambahnya, sebelum ini kabinet ada menyokong tentang faedah penganjuran konsert artis antarabangsa untuk sektor ekonomi.

Jadi, dia berharap supaya pihak kerajaan dapat memaksimumkan perkara itu bertujuan untuk peningkatan ekonomi negara memandangkan banyak manfaat daripada pelaksanaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kabinet sebelum ini menyokong pengaturan ini untuk faedah ekonominya. Saya berharap kerajaan sekarang dapat memaksimumkan perkongsian ini. Saya percaya kita mempunyai infrastruktur dan bakat untuk melaksanakannya.
“Sekali lagi, faedahnya jauh melebihi sebarang perbezaan politik,” ujar Ahmad Faizal.

Terdahulu, memetik laporan dari FMT, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memaklumkan  langkah menjadikan republik itu sebagai destinasi tunggal konsert Taylor di Asia Tenggara bukanlah tindakan yang tidak mesra terhadap negara-negara lain di rantau berkenaan.

Sebaliknya, Singapura memang menyediakan insentif tertentu melalui dana pembangunan pelancongan dan ia terbukti sangat berjaya untuk mereka.

Sumber: X Faizal Azumu, FMT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Sosial

Syarikat bimbingan emosi wanita, eHati International Sdn Bhd menafikan semua dakwaan yang mengaitkan program anjurannya dengan penyebaran ajaran menyimpang, amalan bercanggah dengan Islam serta...

Sosial

Seorang pemain golf meluahkan rasa kecewa apabila tidak dibenarkan bermain di sebuah kelab golf di Bukit Rotan, Selangor hanya kerana tampil lebih sopan mengenakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd