Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Dua Program Baharu Pada SDG Beri Manfaat Buat Belia

Dua program telah diketengahkan dalam Konvensyen Kebangsaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Belia Malaysia 2024 yang telah dirasmikan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa.

Program yang pertama adalah Program Sekolah SDG yang dilaksanakan melalui pendekatan menyemai kesedaran dan tindakan berteraskan SDG dalam kalangan pelajar sekolah.

SDG ketengahkan dua program baharu untuk belia

Program ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang lebih peka terhadap cabaran global dan mampu menawarkan penyelesaian isu masyarakat atau komuniti setempat.

Selain itu, konvensyen ini juga menganjurkan Program Youth as Researchers (YAR) yang akan memberi ruang kepada belia untuk mengambil bahagian dalam pembuatan dasar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

YAR menggalakkan penyelidikan untuk memperkasakan peranan belia sebagai pemimpin yang membentuk agenda pembangunan belia di peringkat nasional dan global.

Sementara itu, konvensyen ini dianjurkan atas tujuan untuk berkongsi hasil tindakan belia dalam SDG dan membentangkan resolusi belia mengenai SDG dan memperkasakan belia Malaysia sebagai agen perubahan.

Dalam pada itu, forum bertemakan “Unboxing Global Pact for the Future: Declaration on Future Generations” yang merupakan acara utama dalam konvensyen ini.

Forum tersebut yang menyediakan platform kepada pemimpin muda untuk membincangkan hasil persidangan Summit for the Future and Bab Youth and Future Generations dalam dokumen Pact for the Future yang telah dipersetujui oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

dua program sdg

Dengan sokongan rakan strategik, penganjuran konvensyen ini memberi impak besar dalam membentuk pemimpin belia yang bertanggungjawab, progresif dan bersedia untuk mengharungi cabaran global.

Inisiatif ini sejajar dengan hasrat Dasar Belia Malaysia dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 yang memberi penekanan kepada pengantarabangsaan, kelestarian dan kepimpinan belia.

Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dan turut hadir ke majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Ts. Dr Nagulendran Kangayatkarasu.

Selain itu, turut hadir Residen Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) ke Malaysia, Singapura dan Brunei, Edward Vrkic dan Pengarah IYC, Dr Mohamed Malik Mohamed Rapiee.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai penganjuran konvensyen. sila hubungi IYC melalui talian 013-3498193 atau e-mel [email protected].

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd