Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Lelaki Ditembak Maut Di Hadapan Kompleks Beli-Belah Di Cheras

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, awal pagi tadi.

Mangsa ditembak terbaring lima meter dari kenderaan

Menurut laporan Berita Harian, insiden tragis itu berlaku kira-kira jam 12.15 tengah malam ketika kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an, sedang berjalan menuju ke arah kereta mereka yang diparkir di kawasan luar pusat beli-belah berkenaan.

ditembak

Foto: Harian Metro

Menurut saksi, beberapa lelaki bertopi keledar tiba-tiba berlari ke arah mangsa sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

“Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sehingga kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah,” katanya.

Kumpulan suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza, dipercayai telah menunggu tidak jauh dari lokasi tembakan.

Artikel lain: Dua Penjenayah Terlibat Lebih 70 Kes Jenayah Ditembak Mati Di Nilai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mayat kedua-dua mangsa dikatakan terbaring kira-kira lima meter dari kenderaan mereka, dengan kehadiran anggota forensik dan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras yang menjalankan siasatan rapi.

Pihak polis kini sedang mengumpul keterangan daripada saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran untuk mengenal pasti identiti penyerang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kenyataan rasmi dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

ditembak

Foto: Harian Metro

Sementara itu, kejadian ini berlaku hanya seminggu selepas satu lagi insiden tembakan di Brickfields, di mana seorang lelaki tempatan maut dan dua lagi cedera selepas ditembak oleh individu yang menaiki motosikal.

Polis masih menyiasat sama ada kedua-dua insiden ini mempunyai kaitan dan sedang berusaha mengenal pasti motif di sebalik kejadian tembakan yang semakin membimbangkan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd