Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dua Kenderaan Malbatt Diserang Orang Awam Di Lubnan, Tiada Kecederaan Dialami Pegawai Dan Anggota

Dua kenderaan Batalion Malaysia (MALBATT 850-11) yang terlibat dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) diserang sekumpulan orang awam negara itu, kelmarin.

Menerusi satu kenyataan, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan memaklumkan, kejadian berlaku jam 5.32 petang waktu tempatan (11.32 malam waktu Malaysia).

Gambar hiasan

Markas ATM berkata, kejadian berlaku ketika dua kenderaan ‘Fitted For Radio’ (FFR) MALBATT 850-11 yang dinaiki tiga pegawai dan tujuh anggota dalam perjalanan pulang ke Kem Marakah selepas selesai melaksanakan penugasan di Kem Shama, Markas UNIFIL.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berlaku kesesakan luar biasa ketika melalui laluan di Tes Road-Burj Al Qibli di bandar Tyre. Orang awam sedang mengawal lalu lintas dimana banyak kenderaan ambulan dan bomba yang melalui dari kedua-dua arah.
“Tiba-tiba sekumpulan orang awam bertindak agresif cuba memberhentikan kedua-dua buah kenderaan MALBATT.
“Hampir 30 orang awam kemudiannya membaling batu serta memancitkan kesemua tayar kenderaan MALBATT menggunakan senjata tajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video kejadian

Namun begitu, keadaan dapat dikawal dengan bantuan Lebanon Armed Forces (LAF) yang tiba di lokasi selain tiada kecederaan dialami pegawai dan anggota MALBATT yang terbabit.

“Pihak LAF telah membantu mengkoordinasikan loader bagi membawa balik kenderaan serta anggota MALBATT ke Kem Marakah.
“Tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh pegawai dan anggota MALBATT terbabit. Walau bagaimanapun, kedua-dua kenderaan telah mengalami beberapa kesan kerosakan,” ujar kenyataan itu lagi.

MALBATT 850-11 akan meneruskan rutin tugasan seperti mandat yang ditetapkan oleh UNIFIL, manakala semua pihak diminta agar untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut yang boleh mencemarkan imej ATM dan Kementerian Pertahanan.

Terdahulu, tular video berdurasi 23 saat di media sosial memaparkan kejadian serangan terhadap kenderaan dipercayai milik pasukan MALBATT 850-11 yang diserang orang awam di Lubnan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd