Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dr Zakir Naik Serah Semua RM1.52 Juta Wang Menang Saman Fitnah Kepada Palestin

Pendakwah, Dr Zakir Naik memaklumkan yang dia akan mendermakan wang yang diperoleh hasil kemenangan dalam kes saman fitnah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy kepada rakyat Palestin.

Serahkan jumlah penuh kepada penduduk Palestin

Hal tersebut dinyatakan sendiri pendakwah berkenaan menerusi laman Facebooknya apabila bermurah hati memberikan jumlah penuh sebanyak RM RM1.52 juta kepada rakyat Palestin demi meringankan derita mereka sewaktu berdepan konflik peperangan ketika ini.

https://www.facebook.com/zakirnaik/posts/pfbid0WN3zcEZeVtHr7YSsnsfrYdQAUMhL4qBXxc69tpP4z9Kdq6fwUqL9u6toiNTFgciBl?locale=ms_MY

Dr Zakir Naik ucap terima kasih kepada Mahkamah Tinggi

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi di sini kerana memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta atas dakwaan fitnah terhadapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Malaysia kerana mengarahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta sebagai ganti rugi fitnah.
“Saya ingin menderma jumlah penuh iaitu RM1.52 juta kepada Palestin. Saya berdoa Allah SWT menerima usaha kecil ini,” katanya.

Dr Zakir Naik doakan kemenangan pejuang Palestin

Beliau juga menyatakan yang ketika ini rakyat Palestin sedang melaksanakan tuntutan fardu kifayah untuk melindungi tempat suci ketiga umat Islam, Masjid Al-Aqsa.

“Saya berdoa Allah SWT mengurniakan ketabahan dan kemenangan kepada perjuangan Palestin.
“Semoga Allah SWT meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, menguatkan mereka dalam melawan pihak yang menindas dan memasukkan syuhada mereka ke darjat tertinggi di syurga-Nya, amin,” katanya.

Terdahulu,  Mahkamah Tinggi memerintahkan Ramasamy yang juga bekas pemimpin DAP membayar RM1.52 juta kepada Dr Zakir dalam masa 30 hari.

Susulan daripada itu, Ramasamy selaku defendan perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi teladan RM250,000, ganti rugi teruk RM100,000, pampasan RM100,000 dengan kos sebanyak RM70,000.

Sumber: Facebook Dr Zakir Naik

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd