Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Dividen KWSP Cerminan Ekonomi, Dipacu Prestasi Pasaran Global Dan Domestik

Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2024 iaitu 6.30 peratus mencerminkan keadaan ekonomi semasa, baik di peringkat domestik mahupun global.

Dividen KWSP cerminan ekonomi

Ketua Pakar Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan pulangan pelaburan KWSP, yang secara langsung mempengaruhi kadar dividen yang diterima oleh pencarum.

“Prestasi ekonomi mempengaruhi suasana kadar faedah yang memberi kesan signfikan terhadap portfolio terutamanya pelaburan dalam instrument pendapatan tetap dan pasaran wang.
KWSP melabur sebahagian besar portfolionya dalam pasaran domestik, dengan 63% daripada jumlah asetnya dilaburkan di Malaysia, manakala 37% lagi dalam pasaran global.
“Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 5.1% pada tahun 2024, lebih tinggi berbanding 3.6% pada tahun sebelumnya. Sementara itu, ekonomi global mencatat pertumbuhan sebanyak 3.2%, sedikit perlahan berbanding 3.3% pada tahun sebelumnya,” katanya kepada Borak Daily.
Dividen KWSP

Foto: The Sun

Dr Mohd Afzanizam berkata, buat masa ini, kebimbangan terhadap dasar ekonomi Amerika Syarikat dilihat berpotensi untuk memberi kesan negatif kepada ekonomi global.

“Ini adalah disebabkan dasar pengenaan tarif import tinggi merupakan instrument utama yang digunakan oleh kerajaan AS bagi menggalakkan lebih banyak firma-firma membuka hub pengeluaran di AS.
“Namun, stretegi ini bakal menyebabkan negara-negara yang terkesan seperti Kanada, Mexico dan China akan mengambil tindakan yang serupa dan ini akan menyebabkan perang perdagangan akan berlaku dan telah pun berlaku sekarang ini.
“Oleh itu, prestasi dividen tahun ini dilihat agak sukar untuk menyamai kadar pada tahun 2024,” ujarnya.

Dividen KWSP dianggap kompetitif

Ditanya sekiranya kadar ini boleh dianggap kompetitif jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain, beliau mengakui perkara tersebut memandangkan kadar dividen ASB pada tahun 2024 adalah 5.75 sen.

Artikel lain: KWSP Raih Pendapatan RM102 Juta Dari Penjualan Saham MAHB – Amir Hamzah

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Oleh itu, para pencarum digalakkan untuk mengekalkan simpanan dalam KWSP bagi menikmati faktor pengganda yang meningkatkan nilai simpanan dengan cepat,” katanya.
Dividen KWSP

Foto: Bernama

Sementara itu, Dr Mohd Afzanizam menjelaskan, pelaburan KWSP di pasaran global membolehkan KWSP untuk mempelbagaikan portfolio serta dapat untuk merendahkan risiko pelaburan.

“Pelaburan global sememangnya menjanjikan pulangan yang menarik namun risikonya agak tinggi, Manakala pelaburan di dalam negara mempunyai risiko yang rendah dengan pulangan pelaburan yang kompetitif.
“Justeru gabungan kedua-dua pelaburan akan menghasilkan pulangan pelaburan yang begitu iaitu pulangan yang setinggi mungkin dengan kadar risiko yang serendah mungkin.
“Perkara ini memerlukan kepakaran yang dibantu oleh pengurus-pengurus dana yang berpengalaman dan dibantu dengan pasukan penyelidikan pelaburan yang akan membantu KWSP dalam membuat keputusan pelaburan yang strategic serta menghasilkan pulangan pelaburan yang baik,” jelasnya.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd