Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Diupah Baling Bom Petrol, Remaja Perempuan 17 Tahun Ditahan

Polis menahan seorang remaja perempuan yang dipercayai telah baling bom petrol sehingga menyebabkan sebuah kereta terbakar di Taman Damai Jaya, Skudai, Iskandar Puteri pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata pihaknya telah menerima aduan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun.

Remaja perempuan baling bom petrol sehingga menyebabkan kebakaran sebuah kereta

Foto hiasan

“Semasa kejadian pada jam 3 pagi, mangsa berada di rumah dan menyedari kereta miliknya yang diletakkan di perkarangan rumah dalam kawasan berpagar telah dibakar.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Nusa Bestari bersama-sama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri membuat tangkapan pada jam 3.50 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tangkapan tersebut melibatkan seorang wanita warga tempatan berusia 17 tahun, namun hasil semakan suspek tidak mempunyai sebarang rekod masa lampau dan hasil saringan awal air kencing didapati negatif dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak polis turut merampas satu notis ugutan tertera talian telefon bimbit telco Singapura dan notis ugutan bertulis ‘Owe money pay today is a warning if you still dont wangt reply i will come burn’.

Selain itu, polis turut merampas satu batang marker dakwat hitam, dua botol kaca, satu tong mengandungi minyak petrol, satu kereta berwarna biru gelap dan sebuah telefon bimbit.

“Siasatan awal mendapati suspek menerima upah daripada sindiket pinjaman wang tanpa lesen (ah long) untuk membuat ugutan jenayah dengan cara khianat menggunakan api ke atas rumah kediaman mangsa yang gagal melunaskan pembayaran pinjaman wang,” jelasnya.

Foto hiasan

Sementara itu, suspek sedang ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama enam hari bermula semalam hingga 2 Disember ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala, siasatan dijalankan di bawah undang-undang Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api dan jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Selain itu siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, ugutan jenayah melalui komunikasi tanpa nama dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.

“Pihak Polis Daerah Iskandar Puteri akan terus komited untuk membanteras sindiket pinjaman wang tanpa lesen.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh menyalurkan ke balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 @ Hotline 07-5114486,” katanya.

Sumber: Facebook Polis Daerah Iskandar Puteri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd