Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Disyaki Miliki Dadah, Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin 6 Warga Malaysia

Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin bagi kesemua 6 warga Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.

Memetik laporan Bernama, perkara itu disahkan Ketua Polis Bahagian Siasatan Balai Polis Sungai Golok, Mej. Pol. Hafit Mad-asin kepada wartawan pada Selasa.

Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia

Mahkamah Narathiwat Tolak Ikat Jamin 6 Warga Malaysia

Foto: Sinar Harian

“Bagi siasatan melibatkan warga asing yang melibatkan jumlah dadah yang besar, mahkamah tidak akan membenarkan suspek-suspek diikat jamin kerana dikhuatiri mereka akan melarikan diri,” katanya.

Kesmeua dadah yang ditemukan di bilik hotel telah dihantar ke makmal Pusat Forensik di Yala untuk ujian asid deoksiribonukliek (DNA) bagi mengenal pasti jenis dadah serta pemiliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar Hafit, keputusan ujian itu akan diserahkan kepada pendakwa raya untuk menentukan tarikh pendakwaan di mahkamah.

Artikel lain: Pegawai SPRM Didakwa Atas Pertuduhan Salah Guna Wang Sitaan Berjumlah RM613,000

Menurut Hafit, semua suspek akan ditahan di Penjara Narathiwat selama 84 hari atau kira-kira tiga bulan sementara menunggu tarikh pendakwaan.

Mahkamah Narathiwat Tolak Ikat Jamin 6 Warga Malaysia

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, enam suspek warga Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun telah ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Narkotik Balai Polis Sungai Golok di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok atas kesalahan memiliki dadah pada Jumaat.

Hasil siasatan, polis mendapati suspek-suspek disyaki memiliki 6,000 biji pil jenis ‘pil kuda’ dan turut melakukan kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd