Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Disyaki Lumba Haram? Tiga Lelaki Maut Berlanggar Sesama Sendiri

Tiga lelaki maut selepas motosikal yang mereka tunggang berlanggar sesama sendiri disyaki ketika menyertai aktiviti lumba motosikal haram di Kilometer 9.9, Lebuh Raya Ketereh-Kota Bharu, tengah malam tadi.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi berkata, kemalangan tersebut melibatkan tujuh kenderaan iaitu enam motosikal dan sebuah kereta yang berhenti di laluan kecemasan.

Foto: Kosmo

“Siasatan mendapati, sekumpulan lelaki menunggang motosikal mereka dalam kelajuan tinggi dari arah Ketereh menghala ke Kota Bharu.
“Semasa tiba di lokasi kejadian, dua buah motosikal berlanggar sesama sendiri selepas dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal yang telah terjatuh di atas jalan raya,” katanya.

Rosdi memberitahu, salah sebuah motosikal turut melanggar belakang sebuah kereta yang berhenti berada di laluan kecemasan sebelah kiri menghala ke Kota Bharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kejadian itu menyebabkan dua motosikal tersebut dirempuh oleh empat motosikal dari belakang mengakibatkan ketiga-tiga mangsa yang bekerja sendiri berusia 19 dan 21 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan,” ujarnya.

Menurutnya, tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk dibedah siasat.

Foto: Kel Respond Team 999

“Tiga lagi penunggang motosikal yang parah dirawat di zon merah Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, manakala pemandu sebuah kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan mendapati, nahas berpunca daripada sikap mangsa yang menunggang motosikal pada kelajuan tinggi sehingga tidak dapat bertindak awal dan sukar melihat dalam suasana gelap,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Ayman Ghaffa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Politik

Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memaklumkan kesiapsiagaannya untuk merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan...

Dunia

Bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica yang terkenal sebagai pemimpin yang sederhana dan mementingkan nasib rakyat dilaporkan meninggal dunia pada usia 89 tahun akibat kanser...

Spotlight

Pelakon Korea Selatan, Lee Do Hyun menjadi perhatian umum apabila selesai menjalani latihan ketenteraan pada Selasa. Lee Do Hyun tamat latihan Memetik laporan Allkpop,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd