Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pencapaian Membanggakan! 12 Projek MCMC Disenarai Pendek Hadiah WSIS 2025

Sebanyak 12 projek Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya disenaraikan sebagai finalis bagi Hadiah World Summit on the Information Society (WSIS) 2025.

Difahamkan, Hadiah WSIS anjuran International Telecommunication Union (ITU) dengan kerjasama agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lain, merupakan platform global berprestij yang mengiktiraf inisiatif digital berimpak tinggi yang menyumbang kepada pembangunan mampan.

Disenarai Pendek Hadiah WSIS 2025

Disenarai Pendek Hadiah WSIS 2025

“Malaysia sekali lagi mencatat pencapaian penting dalam perjalanan pembangunan digital negara.
“Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkasa keterangkuman digital dan memacu inovasi mampan selaras dengan aspirasi global di bawah rangka kerja WSIS.
“Lebih membanggakan, inisiatif yang dicalonkan ini berjaya menonjol di antara ratusan penyertaan lain untuk dipilih sebagai finalis,” menurut MCMC dalam sebuah kenyataan.

Malah, Malaysia yang turut dinamakan sebagai Rakan Strategik Platinum sempena WSIS+20 telah mengukuhkan peranan negara sebagai penyumbang utama dalam dialog digital global dan meletakkan Asia Tenggara sebagai hab digital yang semakin berkembang.

Disenarai Pendek Hadiah WSIS 2025

Menurut MCMC, inisiatif yang  disenarai pendek serta penyertaan anugerah ini merangkumi beberapa Garis Tindakan WSIS (Action Lines) dan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) PBB.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara projek yang terpilih termasuklah Kesalinghubungan Luar Bandar Diperhebat: SMART600 Mengukir Masa Depan Sarawak, MetaHRise: Merevolusikan Proses Onboarding dan Pembangunan Bakat Melalui Metaverse, dan Aplikasi Big Data Industri Komunikasi & Multimedia: Sistem Pengurusan Infrastruktur Komunikasi (CIMS).

Artikel lain: Kementerian Perpaduan Laksana Kutipan Data IPNas Ketiga Bermula 28 April Di Seluruh Negara

Selepas kejayaan merangkul kemenangan pada tahun 2023 dan 2024, senarai pendek tahun ini terus mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai peneraju serantau dalam penggunaan ICT untuk pembangunan yang inklusif.

Dengan sokongan padu daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, projek-projek ini melambangkan usaha bersama ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih berhubung dan berdaya saing dalam dunia digital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Undian awam untuk Anugerah WSIS 2025 kini telah dibuka dan rakyat Malaysia digalakkan untuk mengambil bahagian bagi menyokong inisiatif tempatan di pentas dunia.

Sumber: Facebook @Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd