Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

‘Dipukul’ Fajar-Rian, Aaron-Wooi Yik Putih Mata Teruskan Kemarau Malaysia 17 Tahun

Beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik-Aaron Chia berputih mata sekali lagi  apabila terlepas peluang bagi merangkul gelaran pertama dalam saingan Seluruh England, baru-baru ini.

Menerusi laporan BH Online, ketika ditemubual oleh Badminton World Federation (BWF), mereka mengakui terperangkap dengan disiplin tinggi pasangan Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto yang muncul juara Seluruh England lewat malam Ahad lalu.

Foto: The Star

Pasangan nombor lima dunia itu terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara apabila tewas di tangan juara bertahan dari Indonesia, 16-21, 16-21 pada aksi final di Utilita Arena, Birmingham.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wooi Yik memberitahu biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka sehingga membolehkan lawan mendahului sepanjang perlawanan dan memenangi set pertama.

“Kami cuba menukar kepada beberapa taktikal, supaya lebih selesa bermain corak yang kami mahukan, tetapi service receiving mereka amat berkualiti dan itu membuatkan kami tidak selesa,” katanya.

Foto: The Star

Pasangan negara itu cuba untuk bangkit di set kedua dalam usaha mengheret permainan ke set penentuan dan usaha itu tampak hampir membuahkan hasil, namun Fajar-Rian tetap konsisten dan akhirnya gandingan nombor tujuh dunia itu berjaya mempertahan kejuaraan edisi lalu.
“Kami bermain dengan corak kami dengan baik, cuma ia tidak menjadi pada kali ini.
“Walau bagaimanapun, saya tetap gembira dengan prestasi kami sepanjang minggu ini dan pasti akan mengembalikan momentum ini,” ujar Aaron.
Keputusan itu juga menyaksikan kemarau Malaysia selama 17 tahun bagi menjuarai acara beregu lelaki di Seluruh England, berterusan dengan kali terakhir dimenangi oleh gandingan Koo Kiean Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2007.
Sumber: BH Online (Helmi Talkah)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd