Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Diminta Peluk Islam, Lee Dong Wook Minta Maaf -“Saya Minum Alkohol”

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Dong Wook minta maaf kepada peminat selepas disoal dan diminta peluk agama Islam, baru-baru ini.

Lee Dong Wook diminta peluk Islam

Menerusi hantaran tular di platform TikTok, pelakon drama Goblin itu dilihat melakukan siaran langsung di platform media sosial bersama peminat.

Bagaimanapun, aktor berusia 42 tahun itu menerima soalan di luar jangkaan ketika sesi beramah mesra bersama peminat secara siaran langsung.

Mana tidaknya, bintang Korea Selatan yang menjadi kegilaan ramai gegadis menerima soalan dari peminat Arab sehingga membuatkan orang lain berasa terkejut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peminat tersebut meninggalkan soalan kepada Lee Dong Wook dan bertanya sama ada aktor tersebut boleh menjadi seorang muslim.

“Adakah kamu boleh menjadi seorang muslim?”soal peminat tersebut.

Lee Dong Wook Islam

Artikel lain: Nampak Kacak Hisap Rokok, Peminat Cemburu Choi Hyun Wook Ada Kekasih

Minta maaf sebab minum alkohol

Dengan penuh rasa hormat, dia yang terkenal dengan drama romantik komedi My Girl sehingga menciptakan fenomena suatu ketika dahulu meminta maaf kerana tidak dapat berbuat demikian.

Jelasnya, dia tidak boleh memeluk Islam kerana tabiatnya suka meminum minuman alkohol.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya minta maaf, saya minum alkohol,”jawabnya.
@xx_lily71

this how leedongwook replied when of his arab fans ask him ” can u be a muslim? ” #xyzbca #leedongwook #ashopforkillers #viral #kpopfyp #FORYOURPAGE #actorkdrama

♬ queen of disaster with sparkles – d6lliepnk

Siapa tanya soalan ni?

Soalan peminat tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet dan mereka mempersoalkan pengaju soalan tidak mempunyai sensitiviti serta hormat akan seseorang.

Tak sangka Lee Dong Wook tahu halal haram

Sementara itu, ramai dalam kalangan warganet terutama peminat terkejut mendengar alasan yang diberikan oleh aktor tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka berkata, jawapan yang diberikan oleh aktor tersebut jelas menunjukkan dia sedia maklum mengenai halal haram sesuatu makanan dan minuman bagi umat Islam.

Lee Dong Wook Islam Lee Dong Wook Islam Lee Dong Wook Islam Lee Dong Wook Islam Lee Dong Wook Islam

Sumber: TikTok @xx_lily71

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd