Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dijemput Ilahi Selepas Umrah, Jemaah Meninggal Dalam Penerbangan Pulang Ke Malaysia

Penerbangan Malaysia Airlines dari Madinah ke Kuala Lumpur  berubah pilu apabila seorang jemaah berusia 68 tahun meninggal dunia dalam penerbangan selepas menunaikan ibadah umrah.

Jemaah meninggal dalam penerbangan

Menerusi hantaran yang dikongsi Jasni Shafie di Facebook, beliau menceritakan momen sewaktu duduk bersebelahan dengan jemaah yang dijemput Ilahi sekitar satu jam selepas pesawat mulai terbang.

“Penerbangan pulang dari Madinah ke Kuala Lumpur petang ini (waktu semasa) dilalui dengan penuh hiba – seorang rakan jemaah meninggal dalam penerbangan.
“Amat terkesan kerana Allahyarham duduk di kerusi bersebelahan,” tulisnya.

Tindakan pantas krew MAS

Dalam perkongsian terbabit, beliau sempat memuji, tindakan pantas dan profesional krew MAS kerana segera memberi bantuan, termasuk memindahkan penumpang berdekatan bagi memberi ruang bantuan.

“Saya dua tiga kali diarahkan berpindah ke seat lain, tetapi dalam keadaan kecemasan begini memberi kerjasama adalah lebih penting, apatah lagi melihat krew MAS bertungkus lumus memberikan bantuan segera, juga menenangkan ahli keluarga Allahyarham yang amat terkejut dan bersedih,” tulisnya.

beliau juga memaklumkan, seorang doktor yang kebetulan berada dalam penerbangan turut membantu termasuk memberikan CPR, namun Allahyarham akhirnya dipanggil menghadap Ilahi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jenazah terbabit dipindahkan kembali ke kerusinya secara teratur tanpa menimbulkan panik penumpang lain.

“Jenazah dipindahkan ke kerusinya semula – kerana seat lebih sesuai sudah penuh – tanpa menimbulkan panik di kalangan penumpang lain. Satu SOP terbaik drp krew MAS.
Allahyarham berada dalam penerbangan hampir enam jam sebelum tiba di KLIA di mana pasukan perubatan dan kecemasan sudah bersedia untuk tindakan susulan,” jelasnya.

Artikel lain: Menanti Kelahiran Zuriat, Farah Fakhira Diuji Pemergian Mengejut Suami Tercinta

Difahamkan, allahyarham berada dalam penerbangan hampir enam jam sebelum tiba di KLIA, di mana pasukan perubatan dan kecemasan sudah bersedia untuk tindakan susulan.

Susulan daripada itu, beliau telah menyampaikan salam takziah disampaikan kepada keluarga Allahyarham yang meninggal dalam keadaan sangat baik selepas menunaikan ibadah kepada Allah SWT.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Jasni Shafie

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dalam usaha meredakan ketegangan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan India mengadakan mesyuarat pertama bagi mencari titik pendamaian melibatkan isu yang timbul sejak...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Di sebalik kenaikan harga minyak global yang kini melebihi USD100 setong, kerajaan mengekalkan harga subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd