Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

‘Destinasi Soul Station Oleh Rapid KL’ Galak Orang Ramai Naik Pengangkutan Awam

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dengan kolaborasi bersama RIUH iaitu sebuah platform kreatif di bawah MyCreative Ventures Group telah menganjurkan ‘Destinasi Soul Station oleh Rapid KL’ yang berlangsung selama dua hari pada hujung minggu ini demi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di samping menyemarakkan hujung minggu warga kota dengan aktiviti-aktiviti menarik.

Berlangsung pada 13 & 14 Januari 2024

Berlangsung pada 13 dan 14 Januari 2024, ‘Destinasi Soul Station oleh Rapid KL’ diadakan  di Parc, Subang dengan menyasarkan lebih 20,000 orang pengunjung.

Banyak aktiviti menarik berlangsung

Difahamkan, pelbagai aktiviti dan sesi bengkel menarik diadakan seperti melukis graffiti secara ‘live’ oleh Madnor & Akid One, bengkel melukis jubin oleh Zen Ceramic, Bubble Showcase oleh Buehbossa, Daun Concrete Planter oleh Cucuk Tanam, dan banyak lagi.

Lebih seronok lagi, para pengunjung juga akan dapat menyaksikan persembahan barisan artis tempatan seperti Naki, Langkasuka, Heidi Moru Shin, Apriltwentyfifth, Crinkle Cut, Saint Kylo, dan Muah! yang turut menampilkan Naim Daniel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain daripada mendekati komuniti setempat dan meraikan para pengguna setia Rapid KL, acara ‘Destinasi Soul Station oleh Rapid KL’ ini juga menjadi salah satu platform bagi peniaga tempatan mempromosikan aneka makanan dan minuman serta hasil tangan seperti barangan seni, kraftangan, pakaian dan barangan jenama tempatan yang lain.

Galak orang ramai naik pengangkutan awam

Paling penting, para pengunjung sangat digalakkan untuk menaiki pengangkutan awam ke tapak acara  memandangkan bas perantara percuma dari  Stesen LRT Subang Jaya ke Parc, Subang dengan kekerapan setiap 15-20 minit disediakan dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

Naik pengangkutan awam ke sana lagi senang

Selain perkhidmatan tren, pengunjung juga boleh menaiki bas yang melalui laluan-laluan 641 / 708 / 783 / 771 dan berhenti di SJ55 Subang Jaya Medical Center atau SJ2 Sime Darby Health untuk ke tapak acara ‘Destinasi Soul Station oleh Rapid KL’

Bagi mereka yang menaiki kenderaan sendiri pula, adalah amat digalakkan untuk memarkir kenderaan di stesen LRT Ara Damansara, LRT Glenmarie dan LRT Putra Heights dengan kadarbayaran semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Banyak booth dibuka juga

Dalam pada itu, para pengunjung boleh melawat reruai Rapid KL untuk mendapatkan barangan eksklusif Rapid KL dengan mengisi borang kaji selidik.

Tak hanya itu, Prasarana juga menawarkan pembelian t-shirt eksklusif Rapid KL, pembelian pas bulanan tanpa had My50 dan pas MyCity yang juga boleh dibeli secara atas talian melalui aplikasi PULSE.

Acara ‘Destinasi Soul Station oleh Rapid KL’ ini berlangsung bermula 13 Januari 2024 sehingga Ahad, 14 Januari 2024 dari jam 11 pagi sehingga 11 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman-laman media sosial Rapid KL dan RIUH.

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd