Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Demi Menjaga Kebajikan Rakyat, Subsidi Ayam & Telur Tetap Diteruskan

Demi menjaga kebajikan rakyat, kerajaan hari ini mengumumkan akan meneruskan pemberian subsidi dan kawalan harga ayam serta telur selepas 1 Julai ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, perkara tersebut disahkan sendiri oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan cadangan dua kementerian tersebut bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.

“Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira semua aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dan kebajikan rakyat terus terbela.
“Pemberian subsidi dan kawalan harga ini dibuat demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia Madani,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu memaklumkan subsidi untuk ayam dan telur akan dihapuskan bermula 1 Julai depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu memutuskan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023.

Pada Februari lalu Sabu telah merancang untuk mengapungkan harga ayam dan telur selepas 30 Jun. Tambahnya, pemberian subsidi tersebut sehingga Jun telah menyebabkan kerajaan menanggung sejumlah kos yang besar iaitu berjumlah RM1.28 bilion.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd Husni Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengecam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebagai “bodoh” berhubung isu Iran, selepas sekutu menolak seruannya untuk menyertai usaha...

Dunia

Rakyat Malaysia yang merancang bercuti ke selatan Thailand sempena cuti panjang Aidilfitri hujung minggu ini dinasihatkan menangguhkan perjalanan susulan isu kekurangan bekalan petrol dan...

Lokal

“Kenapa tangan ringan nak pukul anak orang? Umur muda dan tenaga banyak, patut guna untuk tanggung keluarga,” itu nasihat Majistret Rais Imran Hamid kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd