Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Death Whisperer, Jeritan Yang Akan Menghantui Anda Di Mana Saja

Diinspirasikan daripada urban legend sebenar, filem Death Whisperer akan datang ke pawagam di seluruh Malaysia bermula 4 Januari 2024.

Lebih menarik, filem ini merupakan satu-satunya filem Thailand pertama yang ditayangkan dalam IMAX laser menggabungkan imej sejernih kristal bersama sistem bunyi termaju.

Selain itu, filem ini merupakan filem box office terbesar Thailand bagi tahun ini yang berjaya menarik hati penonton negara tersebut dengan kira-kira THB475 juta kejayaan.

Artikel lain: Sentuh Sensitiviti Umat Islam, FINAS Arah GSC Tukar Poster Filem Sijjin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Death Whisperer diarahkan oleh Khui Taweewat Wantha bersama Penerbit Eksekutif Pap Narit Yuwaboon, pasukan terkenal dengan filem seram “Long Weekend” yang pernah menjadi sensasi di internet.

“Selepas ‘Long Weekend’, saya terfikir untuk membuat filem yang saya benar-benar mahukan. Oleh kerana kerjaya saya lebih kepada TV, jadi saya berfikir kalau mahu keluarkan filem, ia mesti sesuatu yang saya mahukan.
“Kemudian saya terjumpa novel ‘Tee Yod’. Sebaik sahaja habis membaca novel itu, saya berasa teruja dan mahu dijadikan sebagai filem. Saya seperti  diberikan inspirasi sekali gus perlu membuat filem ini.
“Ia telah mengambil masa selama enam tahun untuk ‘Tee Yod’ atau Death Whisperer untuk dihasilkan,” kata Khui.

Death Whisperer mengisahkan sebuah keluarga diganggu oleh roh syaitan yang merasuki anak perempuan mereka yang dianggap istimewa.

Roh syaitan yang menyebabkan kematian misteri itu membuatkan keluarga ini terpaksa mengambil langkah drastik bagi melindungi adik mereka.

Filem seram ini dibintangi oleh Nadech Kugimiya, Mim Rattanawadee Wongthong, Denis Jelilcha Kapaun, Junior Kajbhunditt Jaidee, Friend Peerakrit Phacharaboonyakiat, Nina Nutthatcha Padovan bersama Fresh Arisara Wongchalee dan Ply Pramer Noiam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd