Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

DBKL Buat Laporan Polis, Dua Penguat Kuasa Cedera Diserang Penjaja

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat dua laporan polis berhubung insiden kecederaan yang menimpa dua anggotanya akibat serangan penjaja tidak berlesen.

DBKL buat laporan polis

Menerusi satu kenyataan, DBKL memaklumkan kejadian itu berlaku ketika operasi pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Benteng, pada Rabu.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa keberadaan penjaja di lokasi yang tidak dibenarkan boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas, gangguan kepada pejalan kaki, serta isu kebersihan dan pengurusan sampah.
“Oleh itu, tindakan penguatkuasaan telah dijalankan bagi memastikan keseimbangan antara kepentingan peniaga dan kesejahteraan warga kota,” kata kenyataan tersebut.
DBKL buat laporan polis

Foto hiasan: FB DBKL

DBKL menjelaskan bahawa sebelum tindakan diambil, penjaja akan diberikan teguran dan notis terlebih dahulu.

Artikel lain: Tangani Masalah Tanah Terhad, DBKL Cadang Bina Sekolah Konsep Menegak

“Tindakan hanya diambil sekiranya individu terbabit mengabaikan arahan dan terus beroperasi secara tidak sah. Bagaimanapun, terdapat segelintir penjaja yang bertindak agresif terhadap petugas DBKL…
“..dan pelaku yang mencederakan anggota berkenaan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan itu menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan agresif ke atas petugasnya dan menggesa semua pihak mematuhi peraturan demi memastikan ibu kota kekal tersusun, bersih, dan selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

DBKL turut menjelaskan bahawa peluang telah dibuka kepada semua peniaga yang ingin beroperasi di bazar secara sah dengan kadar sewaan yang berpatutan.

“Langkah ini bertujuan memastikan suasana perniagaan yang selamat dan teratur serta melindungi hak penjaja yang mematuhi peraturan,” jelasnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Nur Syafiqah Mohd Jemmi)

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd