Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

JPA Perkenal Dashboard H.E.M.A.T., Inovasi Digital Julang Aspirasi MADANI

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melancarkan Dashboard H.E.M.A.T., sebuah platform digital baharu yang dibangunkan bagi memperkukuh Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).

JPA perkenal Dashboard H.E.M.A.T.

Dashboard berasaskan lima nilai utama iaitu Hijrah Tata Kelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran (H.E.M.A.T.) itu dibangunkan sepenuhnya oleh Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA menggunakan kepakaran dalaman, tanpa melibatkan kos pembangunan luaran.

Dashboard H.E.M.A.T.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, inovasi digital mampu memacu reformasi penyampaian perkhidmatan yang pantas, mudah diakses dan mesra pengguna.

“Nilai H.E.M.A.T. merupakan pegangan nilai pegawai awam yang wajar diinstitusikan. Ia menjadi nadi yang menggerakkan usaha menjayakan gagasan Malaysia MADANI dan merealisasikan aspirasi reformasi perkhidmatan awam.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran tersebut di Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dashboard H.E.M.A.T.

Dashboard H.E.M.A.T. dilancarkan

Program itu berfungsi melengkapkan peluncuran dashboard dengan menekankan pembudayaan nilai H.E.M.A.T. secara praktikal dalam tugasan harian.

Artikel lain: JPA Digegar Gangguan Mistik, Panggil Ustaz Jalankan Pembersihan Dan Ruqyah Malam Ini

Sementara itu, JPA menerusi satu kenyataan berkata, setakat ini sebanyak 93 inisiatif telah didaftarkan melibatkan 24 panel penilai terdiri daripada 16 ahli akademik universiti awam dan lapan pegawai kanan JPA serta Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Dashboard H.E.M.A.T.

“Dashboard ini menjadi medium pelaporan digital bersepadu yang meningkatkan ketelusan, memperkukuh akauntabiliti dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap usaha reformasi kerajaan,” ujarnya hari ini.

Majlis pelancaran turut diserikan dengan program Bicara Aspirasi H.E.M.A.T. yang menghimpunkan lebih 1,000 pegawai awam secara fizikal serta lebih 5,000 secara dalam talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak diperkenalkan pada 2024, siri Bicara H.E.M.A.T. telah melibatkan lebih 6,895 pegawai awam dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi di mana Sarawak mencatatkan penyertaan terbesar dengan 1,728 pegawai awam melalui INTAN Kampus Wilayah Sarawak (INSARA).

Kajian siri bicara mendapati 57 peratus pegawai awam melaporkan peningkatan keupayaan pengurusan kendiri, 64 peratus menilai kualiti dan prestasi kerja meningkat, manakala purata lebih 85 peratus menyatakan nilai H.E.M.A.T. mampu diterapkan secara praktikal dalam tugas seharian.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Sosial

Seorang lelaki berusia 30 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT) selepas dipercayai cuba mencuri kabel di Jalan...

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Sukan

Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) – Renang yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus menjadi inisiatif penting dalam usaha mengurangkan risiko...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd