Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

DAP Tuntut Permohonan Maaf Daripada Individu Gelar Parti Itu ‘Kafir Harbi’

Pemimpin Melayu DAP mengecam keras acara Perikatan Nasional (PN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri di Kelantan disamping tuntut permohonan maaf dari individu itu susulan menggelar parti itu sebagai ‘kafir harbi’.

Menerusi satu kenyataan bersama anggota parlimen DAP, Syahredzan Johan, Young Syefura Othman serta pemimpin pusatnya Sheikh Umar Bagharib Ali berkata DAP merupakan sebuah politik yang sah.

DAP tuntut permohonan maaf daripada individu gelar parti itu ‘kafir harbi’

Foto: Sumberkini

Pada masa yang sama, ketiga-tiga pemimpin DAP itu juga mempunyai keanggotaan daripada pelbagai kaum dan ini termasuk anggota parti yang beragama Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Istilah ‘kafir harbi’ dari fiqah klasik, muncul dalam konteks zaman wujudnya ancaman perang dan bunuh dari negara orang kafir ke atas negara umat Islam.

“Golongan kafir ini diklasifikasikan sebagai ‘kafir harbi’ dan halal darahnya untuk diperangi demi mempertahankan kedaulatan diri dan tanah air umat Islam,” terang mereka.

Tambahnya, tindakan menggelar semua ahli DAP adalah takrifi atau mengisytiharkan seseorang itu tidak lagi mengikuti agama anutan dan ia tidak boleh diterima.

Dalam pada itu, ketiga-tiga pemimpin DAP itu juga menuntut individu yang membuat kenyataan tersebut untuk meminta maaf kepada semua ahli parti DAP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, mereka turut meminta kepimpinan PAS dan Perikatan Nasional untuk menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan individu tersebut.

Pemimpin-pemimpin DAP itu juga menggesa kepimpinan PAS dan Perikatan Nasional untuk mengecam kenyataan tersebut sekiranya tidak bersetuju dengan gelaran itu.

“Kami dengan ini menuntut supaya individu dalam rakaman video tersebut meminta maaf terhadap semua ahli parti DAP yang beragama Islam yang telah dihukum sebagai kafir oleh beliau.

“Pada masa yang sama, kami menuntut supaya kepimpinan PAS dan Perikatan Nasional supaya menyatakan pendirian mereka sama ada mereka bersetuju dengan kenyataan melampau individu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekiranya tidak, PAS dan Perikatan Nasional turut digesa untuk mengecam kenyataan tersebut,” ujarnya.

DAP Tuntut Permohonan Maaf

Foto: The Malaysian Reserve

Sementara itu, ketiga-tiga pemimpin DAP itu menggesa agar pihak Perikatan Nasional berkempen dengan matang dan sejahtera dan tidak memainkan politik kebencian.

Terdahulu, tular video memaparkan anggota PAS dari Bachok menggelar DAP sebagai kafir harbi dan mereka merancang untuk menguasai Malaysia dengan bantuan sebahagian pemimpin UMNO.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dakwanya, sesiapa yang mengundi UMNO dalam PRK Nenggiri minggu hadapan seolah-olah sedia dikuasai oleh golongan tersebut.

Sekadar info, PRK Nenggiri diadakan susulan berlaku kekosongan luar jangka penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim yang diisytiharkan hilang keanggotaan Bersatu pada 13 Jun lalu.

PRK Nenggiri akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail.

Dalam pengundian 17 Ogos ini, seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK yang membabitkan 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Young Syefura Othman 

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd