Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dakwa Politikkan Isu MAHB, Nik Nazmi Cabar PN Tutup Kilang BlackRock Di Kedah & Kelantan

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad cabar Perikatan Nasional (PN) untuk tutup semua kilang milik BlackRock di Kedah dan Kelantan.

Memetik laporan Malaysiakini,  Nik Nazmi memberikan cabaran tersebut terhadap PN kerana parti tersebut mempimpin kedua-dua negeri itu.

Nik Nazmi cabar PN tutup kilang BlackRock di Kedah & Kelantan

Nik Nazmi Cabar PN Tutup Kilang BlackRock

Foto: Focus Malaysia

Dalam pada itu, Nik Nazmi mengkritik pihak yang menurutnya mempolitikkan isu berkaitan BlackRock Inc disamping menyatakan isu tersebut tidak ditimbulkan ketika PN memimpin.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jadi saya nak cabar kalau ada orang PN yang nak minta kita tidak berurusan dengan mereka (Blackrock) langsung, maka mereka juga kena cepat cepat tutup kilang-kilang tersebut.
“Biar pekerja-pekerja tu hilang kerja. Dan kita boleh bincang,” katanya semasa perhimpunan Pakatan Harapan (PH) di Sungai Bakap pada malam Ahad.

Nik Nazmi Cabar PN Tutup Kilang BlackRock

Kenyataan Nik Nazmi itu dibuat pada ketika kerajaan berdepan bantahan terhadap rancangan pengambilalihan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

MAHB bakal dimiliki dan diuruskan oleh Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih oleh BlackRock pada suku ketiga tahun ini.

Artikel lain: Desak Batal Jual Saham Dalam MAHB, Lebih 8,000 Tandatangan Petisyen ‘Katakan Tidak Kepada BlackRock’

Apa yang membimbangkan ramai, BlackRock adalah sebuah firma dari Amerika Syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disamping itu, BlackRock juga didakwa telah melabur dengan banyak dalam pengeluar senjata yang menyediakan senjata kepada rejim Zionis.

Nik Nazmi Cabar PN Tutup Kilang BlackRock

Bagaimanapun, GIP pada Jumaat memaklumkan BlackRock tidak akan terlibat dengan MAHB kerana pengurusan akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas syarikat itu.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Khazanah telah berbincang dengan GIP walaupun sebelum BlackRock memperoleh pelabur infrastruktur itu.

Anwar turut berkata tindakan memutuskan hubungan semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di Malaysia akan menjejaskan ekonomi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nik Nazmi Cabar PN Tutup Kilang BlackRock

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah memfailkan usul tergempar ke Dewan Rakyat, menggesa perbahasan segera berhubung keputusan kerajaan menjual sebahagian saham MAHB kepada GIB.

Sumber: Malaysiakini (Shahrin Aizat Noorshahrizam, N Faizal  Ghazali & Hoi Jia Xuan)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd