Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Curi 26 Nozel Paip Bomba, Pasangan Kekasih Ditahan Polis

Sepasang kekasih diberkas polis selepas disyaki mencuri 26 unit nozel paip bomba dari sebuah pangsapuri di Semenyih, dalam kejadian yang dipercayai berlaku sejak hujung Jun lalu.

Curi 26 nozel paip bomba

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek lelaki dan wanita warga tempatan masing-masing berusia 43 dan 44 tahun itu ditahan pada jam 10.30 malam semalam.

paip bomba

Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan peralatan keselamatan itu daripada penyelia keselamatan pangsapuri pada 30 Jun lalu.

“Siasatan mendapati sebanyak 26 unit nozel paip bomba dari tingkat lima hingga tingkat 17 telah dipotong dan dipercayai dicuri oleh suspek.
“Hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai tujuh rekod berkaitan narkotik dan satu rekod jenayah, manakala wanita berkenaan memiliki lapan rekod narkotik serta lima rekod jenayah,” katanya.

Artikel lanjut: Kantoi Dirakam CCTV, Wanita Bertindak Potong Hos Bomba – ” Bukan Satu Tapi Empat”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian saringan awal air kencing, dan kini direman selama tiga hari hingga Ahad ini bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Naazron turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Karunagaran di talian 012-2449414.

“Masyarakat juga dinasihatkan segera menghubungi Pusat Kawalan Daerah di talian 03-8911 422 sekiranya berlaku sebarang insiden jenayah di kawasan mereka, supaya tindakan segera dapat diambil dan mengelakkan risiko terhadap keselamatan serta harta awam,” ujarnya.
paip bomba

Foto: FMT

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut menyuarakan kekesalan terhadap tindakan vandalisme membabitkan peralatan pemadaman kebakaran.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya menyedari tentang satu video tular menunjukkan seorang wanita merosakkan nozel paip bomba dan mengambil kepala hos di sebuah kawasan perumahan, namun maklumat lengkap termasuk lokasi kejadian masih belum dikenal pasti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, sebarang tindakan merosakkan atau menyalah guna peralatan kecemasan seperti hos bomba adalah tidak wajar dan boleh menjejaskan keselamatan nyawa ketika berlaku kecemasan.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd