Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Che Nom Luah Sedih Dikhianati Anak Saudara Sendiri, Dituduh Tak Jaga Kebajikan Pekerja

Pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten resepi masakan, Che Nom luah sedih dan kecewa menerusi satu perkongsian yang menyentuh hati.

Che Nom Luah Sedih

Che Nom luah sedih, niat baik bantu ahli keluarga makan diri

Hantaran tersebut sama sekali tiada kena mengena dengan resepi yang kerap dikongsikan seperti biasa, tetapi pengalaman peribadi yang cukup menyayat hati.

Menurut Che Nom, dia tidak menyangka niat ikhlas untuk membantu ahli keluarga sendiri akhirnya memakan diri.

“Hai semua, Assalamualaikum! Hari ni Che Nom nak luah sikit lah. Sedih sangat hati ni, sampai menitis air mata bila teringat balik. Ni bukan resepi, tapi rasa terkilan sangat-sangat pasal keluarga sendiri.”

Che Nom luah sedih tindakan anak saudara yang dijaga dari kecil

Che Nom mendedahkan dirinya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan bersama ahli keluarga, termasuk mengambil anak saudara sendiri bekerja walaupun tanpa kelayakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga telah memberikan tunjuk ajar kepadanya termasuk kemahiran teknikal seperti suntingan video dan penggunaan kamera.

“Che Nom ajar dia dari kosong, siap buatkan slide langkah demi langkah macam mana nak guna Premiere Pro. Kamera pun Che Nom ajar satu-satu…”

Dilaporkan ke JTK dan KWSP atas tuduhan tak jaga kebajikan pekerja

Bukan sekadar peluang pekerjaan, malah Che Nom turut menyediakan kediaman, memasak untuknya, memberi gaji tetap, serta membenarkan cuti panjang untuk menunaikan Umrah selama dua tahun berturut-turut, lengkap dengan gaji penuh dan bantuan kewangan tambahan.

Namun, segala jasa itu dibalas dengan tindakan mengejutkan apabila beliau dilaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja serta KWSP.

“Tapi tiba-tiba, dia boleh pergi report ke JTK dan KWSP guna bayaran tetap bulanan sebagai bukti Che Nom tak jaga kebajikan pekerja… Lepas tu ni pula tiba-tiba dapat surat saman dari Jabatan Tenaga Kerja…”

Kecewa dengan sistem juga

Dalam pada masa yang sama, Che Nom menyuarakan rasa kecewa terhadap sistem yang tidak dapat membezakan antara urusan perniagaan keluarga secara kecil-kecilan dengan syarikat besar yang mempunyai struktur dan prosedur lengkap.

“Che Nom harap sangat sistem kat Malaysia ni boleh faham realiti bisnes keluarga kecil-kecilan macam kita ni. Kalau semua benda kena formal sangat, susahlah kita nak bantu keluarga sendiri.”

Artikel lain: Prince Syed Buat Laporan Polis, Barang Kemas Hilang Selepas Sambut Hari Lahir

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun peristiwa itu cukup menyakitkan, dia dilihat tetap percaya bahawa setiap ujian ada hikmahnya dan berharap apa yang berlaku untuk menjadi pengajaran kepada semua supaya lebih berhati-hati dalam melakukan kebaikan kerana setiap yang dilakukan pasti diketahui oleh Yang Maha Kuasa.

Sumber: Facebook Che Nom

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Sosial

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga...

Lokal

Usahawan sensasi, Jofliam sekali lagi menjadi bualan netizen apabila menjual satu menu baharu iaitu pasta wagyu yang dikatakan menjadi rebutan ramai kerana rupanya yang...

Dunia

Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memecat Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, selain turut membubarkan Kabinet pimpinannya susulan kes berkait isu pertikaian sempadan dengan Kemboja. Paetongtarn,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd