Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Larangan Pasang Khemah Di Pantai PD, Cegah Isu Khemah Biru Berulang – Exco

Larangan pemasangan khemah awam di pantai Port Dickson (PD), bukan bertujuan menyekat keseronokan pengunjung, tetapi untuk mencegah isu khemah biru daripada berulang.

Cegah isu khemah biru berulang

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Sinar Harian, Exco Pembangunan Kerajatan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, jika tidak dikawal bermula daripada sekarang, dibimbangi PD akan terus dihantui dengan  isu khemah.

“Kalau kita tak kawal dari sekarang, nanti isu khemah biru di pantai PD akan berulang semula dan yang akan dipersalahkan ialah kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Ini kerana sebelum ini ramai pengunjung menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan kehadiran khemah di situ yang menutup pemandangan dan disebabkan itulah kita tidak benarkan sebarang khemah didirikan,” katanya pada Isnin.

Walau bagaimanapun, pengunjung masih dibenarkan menggunakan tikar atau kanvas untuk aktiviti berkelah dan mandi-manda di pantai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia turut menegaskan bahawa kemudahan tandas awam telah disediakan dan ditambah baik untuk keselesaan pengunjung menukar pakaian.

“Jadi bagi saya tiada timbul isu nak tukar pakaian atau nak simpan barang menyebabkan pengunjung perlu bawa khemah kerana ada kemudahan tandas awam disediakan,” ujarnya.

Foto: Berita Harian

Arul Kumar turut membangkitkan kebimbangan tentang isu kebersihan yang mungkin timbul sekiranya khemah didirikan tanpa kawalan.

“Memanglah pantai ini tempat awam, tapi menjadi tanggungjawab PBT iaitu Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) untuk menjaganya,” jelasnya.

Bagi pengunjung yang ingin mendirikan khemah, mereka boleh berbuat demikian di lokasi khas yang telah disediakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Titah Adendum: Jabatan Peguam Negara Fail Larangan Bersuara

Menanggapi gesaan warganet untuk memboikot pantai PD, dia menyatakan sesiapa pun berhak memberi pandangan, namun berdasarkan pemerhatiannya, destinasi peranginan tersebut masih sesak dengan pengunjung setiap hujung minggu, terutamanya pada musim cuti persekolahan.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri. Indonesia...

Nasional

Negeri Sembilan menerima pengiktirafan sebagai Negeri Paling Progresif di Malaysia untuk tahun 2024 melalui anugerah The International Business Review (IBR) ASEAN Awards 2025. Menteri...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd