Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Perlu Ke Kaunter, Pak Cik Shell Tunjuk Cara Isi RON95 Bersubsidi Guna MyKad

Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Shell, mencuri perhatian di media sosial selepas memuat naik satu video demonstrasi di akaun Instagramnya @pakcikshell.

Pengesaham MyKad tanpa perlu ke kaunter

Video tersebut memaparkan cara pengesahan kad pengenalan, MyKad untuk pembelian petrol RON95 bersubsidi pada harga RM1.99 seliter yang boleh dilakukan terus di pam minyak tanpa perlu ke kaunter.

mykad

Dalam perkongsian itu, beliau menunjukkan langkah pertama dengan membersihkan cip pada kad bank serta kad pengenalannya bagi memastikan ia mudah dibaca oleh mesin.

Artikel lain: Subsidi RON95: Rakyat Indonesia Tumpang Kagum – “Kenapa Kita Kalah Dengan Malaysia?”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, beliau menyentuh kad debit Visa pada terminal pembaca menggunakan konsep PayWave untuk membuat pembayaran.

Selepas itu, beliau memasukkan MyKad ke dalam slot pembaca fizikal khas bagi tujuan pengesahan dan tdak lama kemudian, proses transaksi selesai dan beliau boleh terus mengisi minyak seperti biasa.

mykad

Melalui demonstrasi ini, jelas kelihatan Shell telah menyediakan terminal pembaca MyKad bagi memudahkan pengguna membuat pembayaran serta pengesahan identiti dalam satu masa.

Kaedah ini sekaligus mengurangkan keperluan pelanggan untuk beratur atau berurusan di kaunter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, berdasarkan paparan video, demo tersebut kelihatan dilakukan di pejabat atau mungkin di kediamannya dan bukannya di stesen minyak sebenar.

mykad

Ini memberi gambaran bahawa peranti berkenaan masih dalam fasa ujian dan belum dipasang secara meluas di stesen minyak.

Jika sistem ini dapat diguna pakai di seluruh stesen minyak, ia berpotensi memudahkan urusan harian orang ramai serta mengurangkan kesesakan di kaunter.

Inovasi seperti ini sekaligus menunjukkan bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan subsidi bersasar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @pakcikshell

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd