Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cacar Monyet: Satu Lagi Kes Mpox Babit Lelaki Warga Tempatan – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat satu lagi kes baharu jangkitan cacar monyet (Mpox) dikesan di negara ini, pada Isnin lalu.

Pengesanan itu menjadikan jumlah kes Mpox di Malaysia bagi tahun ini meningkat kepada dua kes dan secara kumulatifnya, sebanyak 11 kes sejak 26 Julai 2023.

Kes yang dikesan itu melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari dan terlibat dalam aktiviti berisiko.

Foto: Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kes mula menunjukkan gejala ruam pada tangan, badan dan kaki sejak 15 November 2024, dan beliau telah mendapatkan rawatan pada 23 November 2024.
“Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani isolasi serta telah menerima rawatan simptomatik.
“Semua kontak rapat sedang dikenalpasti dan dipantau untuk tanda dan gejala Mpox selama 21 hari dari tarikh terakhir pendedahan,” kata KKM dalam satu kenyataan di Facebook rasmi hari ini.

Foto: Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sementara itu, KKM turut mendedahkan bahawa Mpox adalah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus Mpox iaitu spesis di bawah genus Orthopoxvirus.

Hal ini, jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan Mpox selain mudah merebak melalui pendedahan kepada cecair respiratori semasa hubungan intim.

Foto: Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Gejala Mpox ialah demam berserta ruam “maculopapular rash” atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea,” ujar KKM.

Untuk makluman, tempoh pengeraman, iaitu tempoh daripada terdedah kepada jangkitan sehingga individu menunjukkan gejala jangkitan Mpox adalah antara lima hingga ke 21 hari.

Foto: Carian Google

Individu positif jangkitan Mpox boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering sepenuhnya. Lazimnya kes Mpox akan sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan khusus.

Sumber: Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd